Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday

pahit manis 2011

tinggal lagi 2 hari untuk ke tahun 2012 ^_^...dan selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011.
pahit manis yang berlaku sepanjang 2011..manisnya bila 2011, transform dari single ke double ----> ke alam perkahwinan..amat berdebar-debar saat aku di akad nikahkan.selain perkahwinan aku dan MRSB yang mana perkahwinan kami di kira penggabungan dua buah keluarga yang terpisah jauh..rupa-rupanya aku dan MRSB ada bau-bau bacang tapi nasib baik lah aku bukan mak cik MRSB kalau tak..huh..


dan syukur ya ALLAH rezeki yang Kau berikan kepada hambaMU ini..sebabnya aku telah dilantik sebagai pensyarah sambilan dan sehingga kini pun aku rezeki ku masih berterusan..boleh di katakan tahun 2011 aku nih, aku buat kerja 2 in 1.:)..seperti kata MRSB aku lah superwoman.hehehe..

dan pahitnya pulak di tahun 2011, bila nenek tersayang yang aku panggil Mak Tua telah kembali ke rahmatullah 1/5/2011.Al- Fatiah buat nenek yang aku anggap seperti emak ku sendiri dan betapa kami amat rapat dan sehingga kini aku dan keluarga masih merasai kehilangannya.semoga nenek di tempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah. kami akan merinduimu. 

dan wishlist untuk 2012 aku kali ini

zuriat
aku dan MRSB telah berbincang memandangkan kami berPJJ dan PJJ bukanlah alasan untuk kami tidak mahu kan zuriat..dan kami tidak pernah lupa untuk bedoa semoga kami di kurniakan zuriat.dan aku dan MRSB amat menantikan saat bergelar ma n pa.:).
Amat tertekan bila orang-orang sekeliling bertanyakan pasal anak dan amat sakit sekali bila ada insan yang membuat andaian yang aku tak nak mengandung sebab nak jaga badan.erk??aku bukan artis ok.


transfer MRSB
aku sedia maklum yang kerjaya MRSB bukanlah bekerja dipejabat tapi kebanyakan kerja MRSB di luar, berdepan dengan pelbagai karenah orang awam terutamanya di jalan raya. dan aku amat berharap tahun ini MRSB dapat berpindah ke SARAWAK.kalau tak silap aku dah 8 tahun MRSB di tempat orang..Semoga di permudahkan perpindahannya.Amin.




rumah
kalau tak silap aku 20/12/2011, aku telah ke pejabat peguam sebab nak uruskan pembelian rumah kami. semoga Allah permudahkan segalanya.Amin.






semoga apa yang aku dan MRSB hajati akan tercapai.semoga ALLAH memudahkan laluan bagi kami untuk mencapai hajat kami ini.Amin.




dan amat tidak sabar untuk menunggu MRSB pulang ke Sarawak..


19/1/2012-->MRSB pulang ke Sarawak
20/1/2012-24/1/2012->Sabah mari^_____^

*
*
*
*
*
insyaALLAH, two become three :)...



yeahhhh sudah jumpa

salam di hari khamis...boleh senyum sampai ke telinga...^______^
ingat lagi tak yang pasal mencari buah zuriat?hehehe..sekarang dah jumpa.alhamdulillah,happy sangat2..






sepatutnyer ader 7 biji buah zuriat nih tapi yang 3 biji lagi aku bagi kt Mdm Aisah.kalau ader lebih and if aku tak guna banyak buah nih nanti aku simpan and bagi kat sesiapa yang memerlukan..hem, alangkah indahnyer kan if buah zuriat ni ader kat Malaysia..

tapi permasalahan disini,ader sapa2 tak yang nak tolong aku kupas?sebabnyer info yang aku dapat, buah zuriat ni amatlah keras untuk dikupas2 kan..tak per2..usaha kan tangga kejayaan tak pon tunggu MRSB lah jawabnyer.hik3..tak sabar nak tunggu MRSB balik..sabar lah hati...tinggal lagi 1 bulan lebih jer nak jumpa MRSB and honeymoon ke sabah.sekarang nih MRSB sibuk dengan interview and event.yer, saya amat faham akan keja kamu.:)..

tak sabar nak balik rumah and tunjuk kat my mum and jugak khatam pasal cara-cara penyediaan buah zuriat serta cara2 untuk memakannya..^___^..






Friday

mencari buah zuriat

salam jumaat

sekarang nih aku tengah mencari buah zuriat..mengapa?sebabnyer aku blogwalking tadi kan terjumpa lah beberapa blog yang ader entry pasal buah zuriat..memang menarik entry2 yang story pasal khasiat buah zuriat.insyaALLAH, aku akan dapatkan buah zuriat nih sebabnyer ade mak kepada rakan sekerja aku pergi haji.aku memang berdoa supaya buah zuriat ni akan sampai ke tangan aku. dan ader sumber2 yang bagi tahu buah zuriat nih memang susah nak dapat dan hanya terdapat kat Mekah jer :(.
wish me luck..kata orang, usaha tangga kejayaan.:)

Tuesday

ringtone for si Dia

salam dan masih tak terlambat untuk aku wish selamat hari raya aidiladha :)..
tajuk entry pasal ringtone..entry ni pon suka suki jer... 
kalau aku, ringtone yang aku gunakan untukMRSB  is lagu kru 3 kata :) means bila MRSB call jer lagu 3 kata ni lah yang akan keluar...hehehe...
meh layan lirik lagu nih...

Lirik Lagu Tiga Kata -KRU
Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta 
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar 
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan 
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga 
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar 
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun, 
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You 


and masa taip entry nih, aku tengah layan lagu nih lah..sebab aku suka lagu nih..and aku tak kisah if ader yang feel annoying...
korang pulak camner? ringtone for hubby korang?hehehe





Friday

review inai



again...salam semuanyer...
amat tidak produktif untuk buat keja so aku decide nak buat review pasal inai...sepatutnya inai dan lukisan inai aku macam inai@henna ayu raudah tapi..huhuhu..bertukar saat akhir sebab aku tak bawak picture inai ayu raudah dan masa pergi buat inai tuh plus hujan yang sangat lebat.:(and rushing. after solat maghrib rushing ke rumah tukang lukis inai aku nih..tapi nasib baik ader sahabat karib aku iaitu eisya yang temankan.hehehe.kalau tak aku jugak yang kene drive balik rumah sedangkan inai belum lagi kering..huhuhu....terima kasih eisya..love u




**credit to hafizatan





tapi lain pulak yang jadinya...

*
*
*
*
*

scroll kat bawah...hehehe



*
*
*
*
*
*
*




walau pun tak samer lansung dengan lukisan tuh dengan ayu raudah still jugak aku berpuas hati sebabnyer inai tu cantek jer di mata aku.huhuhu






majlis tunang kawan sekolah saya


salam jumaat
hari nk share pasal tunang kawan sekolah aku..menyesal tak ambik gambar hantaran2 tuh..huh.menyesal tak sudah.huhu.cuma ada pic ni jer.
nama budak ini NURUL ASYIKN BINTI MOKHTAR@ DIDIQ.
UMUR 25 TAHUN.BERTUNANG dengan JOE budak KEDAH..
DIA MEMANG CANTEK AND MAKIN BERTAMBAH CANTEK DENGAN MEKAP INI..aku tak tipu wei, sekali pandang macam siti nurhaliza,2 kali pandang macam linda onn and 3kali pandang baru macam muka dia sendiri.^_^








aku yang makin membulat :)
aku, didiq and joe (tunang si didiq)
sygnyer MRSB takder masa nih..:(..huhuhu


pelamin dia memang cantek plus kombinasi warna ungu dengan putih.color yang aku guna masa buat hantaran untuk MRSB :)..

akhir kata dari selamat bertunang semoga bahagia sampai ke jinjang pelamin.aku tunggu tu didiq:)..

Tuesday

selamat datang November 2011



salam
01/11/2011..memang tarikh yang cantek..dan selamat datang November ^_^..semoga November kali ini November yang akan memurahkan rezeki..and next year baru jumpa hubby.mesti korang pelik kan naper tak fly jer ke semanjung jumpa hubby..hem, MRSB tak der cuti dah dan kuota cuti pun penuh sebab diaorang utamakan those yang berkahwin dan mempunyai anak kalau aku pergi jumpa MRSB, saper yang nak layan aku confirm MRSB sibuk sangat2..
and now aku tak kisah sangat sebabnyer aku dah pernah berjauahan dengan MRSB sebelum kawen and berterusan sampai kami kawen.positif.sebabnyer, rezeki kami yang berbeza dan MRSB milik orang awam yang kerja MRSB.yer, aku faham bersuamikan polis.noktah.
dan jugak kalau tak silap aku ramai jugak yang akan berkawen dalam bulan ni.and tak mustahil 11/11/11 mesti ramai yang pilih tarikh ini kan.anyway, selamat pengantin baru in advance.hehe..dan jugak sepupu kepada sepupu aku pun kawen 11/11/11 ^_^
hem, bagi aku pulak terlalu awal nak pasang azam baru nih, huhu kena tunggu lah 31/12/11 baru pasang azam.huhu..tapi sekarangt nak fokus kembali minat mengumpul koleksi color pink.aku tak kesah pun orang nak kata apa kat color pink tu okieys..


"JUST BECAUSE I LOVE PINK IT DOESN'T MEAN I AM NOT STRONG"

kata2 semangat dan cas positif yang perlu ada pada aku.tapi memang kita perlukan suami sebab seorang isteri adalah disisi suaminya.yes, itu aku akui tapi bila melibatkan soal rezeki masing-masing kami@aku kena tolak jauh2 soal perasaan.sakit?yup memang sakit bila berjauhan dengan suami.turun keja kena drive sendiri, balik keja kena drive sendiri, masuk bilik tengok barang2 dier..huh..sapa cakap aku tak pernah menangis?sakit woo kalau nangis  sorang2..huhu...hem, stop.sekarang nak menjadi orang yang positif jer:)...positif.

Monday

plan 1 beli tiket ke sabah

salam pagi isnin...hehehe...
aku dah pon beli tiket ke sabah, 20 jan 2012-> 24 jan 2012 ^_^....
confirm.aku tak nak fikir apa2 dah..yang aku fikir sekarang aku nak cuti cuti cuti....dan aku mesti pergi jugak bercuti dan aku dah beli pun tiket.noktah.
bercuti dengan MRSB sebabnyer tiket ke sabah aku beli untuk 2 orang...tak kan nak bercuti sorang2..

Friday

5 bulan sudah :)

askum dan salam jumaat..
pagi jumaat di kuching sarawak, hujan dan sejuk.memang mendorong kemalasan bagi aku dan ditambah lagi dengan hari jumaat..esoknya hujung minggu boleh rest.hehehe

dan ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH tanpa aku sedar, pejam celik 5 bulan sudah aku dan MRSB berkahwin :))..syukur sekali lagi walaupun kami adalah kumpulan yang berPJJ...dan masuk yang bulan ke 5 inilah aku akan dihujani oleh pelbagai pertanyaan yang pastinya ialah...."dah ade isi ker?".ya, aku faham setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu menimang cahaya mata tapi apakan daya sudah tiada rezeki untuk aku dan MRSB. yelah kan, sapa yang tak mahu anak dan beranak..memang kami sudah berusaha tapi ALLAH belum lagi memberi kami rezeki yang satu tu.tapi bila difikir sedalam-dalamnya ada hikmahnya jika kami belum lagi ada rezeki sebabnyer aku dan MRSB still jugak berjauhan atas tuntutan kerja masing-masing serta juga kami tetap di pisahkan oleh Laut China Selatan.Kerana aku percaya Allah pasti sudah ada perancanganNYA tersendiri bagi aku dan MRSB..ya aku kena positif dan terima kasih MRSB kerana sentiasa memberi galakan yang positif dan percaya kita belum ada rezeki lagi.. seperti yang MRSB selalu bagitahu ALLAH nak suruh kita menghargai masa berdua :).dan kita boleh usaha lagi.hehe..

hem..dan tahun depan insyaALLAH bulan februari aku nak bawak MRSB  "lari" dari gangguan kerjanya.huhuhu...aku plan nak ke sabah.hanya sekali tahun 2009.. aku ke sabah itupun atas dasar kerja dan bukan bercuti.huhu..
mudahan dipermudahkan segala rancangan aku ini..amin:).






gambar terbaru 10/10/11 aku dan MRSB
dan nampknya aku semakin tembam :)



Thursday

gambar ini aku ambil dari facebook seseorang and credit to her/him.sorry yer, ambil tak bagi tahu yer.serius bagi aku pic nih lucu.hehhe...and now rindu kat hubby sebab dia sabar jer layan style tidur aku.huhuhu.lebih kurang macam kat pic tu la..huhuhu^_^

Wednesday

review: idea for hantaran

salam peeps dan selamat pengantin baru in advance those yang bakal berkahwin :)..mesti sekarang ni tengah dup dap dup dap kan.hehehe..

hari ini nak share sikit pasal hantaran..yelah ader yang still lagi mencari theme dan ader jugak yang still mencari idea untuk decoration hantaran korang kan..:)
hantaran aku ni pulak aku dengan anak saudara aku yang siapkan..huhu.ya aku akui semuanyer last minutes..esoknyer aku nak akad nikah pon aku still jugak menyibukkan diri untuk hantaran.huh..
jum layan gambar2 nih, mana tahu akan memberi sedikit sebanyak dalam penyumbangan idea untuk bakal2 pengantin..

nampak meriah jer kan.huhu..tema purple white sebabnyer hubby suka color purple.huhuhu

*

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Simple jer kan,ini sebahagian hantaran yang aku boleh kongsikan kepada bakal2 pengantin..^_^

Thursday

zakat kami yang pertama as H/W

askum peeps..

pejam celik jer dah ramadhan ke 18 :)).alhamdulillah..berkat ramadhan rezeki pon masuk..bonus.hehehe...1 bonus sendiri dan satu lagi dari hubby :))..after jer dengar news pasal bonus terus sms kat hubby.hahahaha...yelah, bonus mu..bonus ku jua..tapi bonus ku bonus ku lah yang punyer..hahahha...LOL.^_^

18 ramadhan means tinggal lagi 13 hari lagi nak jumpa hubby.hehe..alahai,firefly and airasia..napelah korang tak bagi jer tiket free kat aku yerrr..hahaha..

see the tajuk post n3 aku tuhhh..hehe..(eleh,nak menunjuk lah tuu..). Hubby dah bayarkan zakat untuk aku/kami:).al-hamdulillah...and bestnyer perasaaan ini.. (sila jangan menyampah,sbb aku tau..bkn aku jer yang ader laki.;p)..
yelah dulu2 bf4 kawen, aku cuma bayar untuk aku jer.huhu.sekarang dah ader orang yang tolong bayarkan:))...

ha, korang pulak dah bayar zakat ker?jangan luper k.itu wajib bagi kita yang mampu ni...


*hubby mms resit zakat,kalau kat sarawak resit zakat ni lain tau..
kertas die color putih and dier punyer tulisan pon lain gak..
lain tempat lain gak caranyer kan..ehehe*


Wednesday

ini cara kami dating...


salam peeps

mak ai tajuk, hehehe..

nak story sikit pasal cara kami dating.beginilah life PJJ yer.. 3G lah one of pengikat kasih antara kami.selain sms,mms and facebook..twiter jer aku tak der lagi.malas lah.hehe..so buat PJJ yang lain korang pulak camner yer..hehehe..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
**papa,gemuk lah.hahaha**

Monday

15.08.2011


salam peeps

ada apa dengan tarikh itu?tengah malam aku dapat sms dari hubby.hubby send sms " 15.8 mamanya.hari pertunangan kita sayang:)..
dan sekarang alhamdulillah..aku dan dia akhirnya bersatu.walaupun pelbagai dugaan yang kami hadapi apatah lagi dengan hubungan jarak jauh (sekarang pon still jugak jarak jauh).huhuhu..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**heart him so much**

Wednesday

baby di bulan puasa

salam peeps
salam ramadhan ke 10..sudah 10 hari umat islam berpuasa.:)..
lunch break tadi sempat lagi pergi melawat staff MMC yang baru jer melahirkan baby.^___^..keterujaan untuk melihat baby jelas terpancar di muka aku.ehhehehhe..aku yang excited nampaknya.hehehe..
tak per, baru 2 bulan lebih aku kawen kan..masih ade banyak masa lagi..dan terus berusaha, kan usaha itu tangga kejayaan.heheh..


see the baby boy tuuuuu.......alalalalaaaaa sweetnyer.^___^


**takder pic aku..huhu,.akak malu,,kome tengok akak**...

Monday

100 hari

askum peeps

salam ramadhan ke-8..dan genap 100 hari nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada 1 MEI 2011 bersamaan 27 JamadilAwal 1432H, 27 hari sebelum perkahwinan aku..

ramadhan kali ini amat suram bagi aku dan sekeluarga...sebab nenek aku nih sporting..time aku kecik-kecik dulu, nenek aku lah yang bagi duit poket untuk beli makanan yang kami suka untuk berbuka tapi..lain yang aku beli, aku beli mercun and bunga api.opsssss...itu dulu yer.hahahhaahahha...

aku ingat lagi, bila jer balik keja@ study dulu, nenek aku mesti dah sediakan bahan-bahan untuk masak bubur pedas.hehe.itu maksudnyer,dia nak makan lah tu..jadi kena la masak untuk dia.dan asal jer tengok bubur pedas,confirm air mata aku and emak pasti mengalir.dan aku selalu terdengar after jer emak solat, mesti emak menangis..

dan on weekend ari tu, aku dan adik2 pergi membersihkan kubur nenek kami..rindu kat nenek..

al-fatihah untuk nenda tersayang.semoga nenek tenang di sana.



Friday

genap 25 TAHUN


04/08/2011

genap umur aku 25 tahun.alhamdulillah..:))
dan dengan umur ini jugak lah, aku dah jadi isteri kepada SUHAILI BIN BUJANG.hem, hari lahir yang amat bermakna tahun ini tapi sayangnyer hubby nun jauh di sana.ya, walau jauh di mata tapi dekat di hati.lalalala.

dan terima kasih yang tak terhingga pada yang wish besday kat aku..terima kasih korang dan tak lupa jugak pada yang wish got baby cepat.huhu..aku tengah berusaha la sekarang nih.hahaha.LOL.

dan paling bestnyer, besday aku jatuh pada bulan ramadhan.:).mudahan mendapat berkat.amin.walaupun besday aku ni jatuh bulan puasa but rakan sekerja di tempat kerja aku memang gigih la buat kejutan kat aku dan amatlah terharu siot sampai aku tak terdaya nak tiup lilin.huhuhu..sebabnyer, otak aku nih asyik ingat kat laki aku..kalaulah dia ader time tuhhhh....pergggghhh..nak huge..hahahah...opsss...puasa.

untuk hajat aku sempena hari kelahiran aku yang ke 25..aku tak berani nak bagitahu kat sini...hem..just keep it k.aku takut nanti tak tercapai pulak hajat itu.:)



saya sangat suka kek ini..huhuhu
comey kan:))

Tuesday

ramadhan dan suami

salam ramadhan yang ke 2 hari:) dan puasa sebagai isteri hehehe itulah kelainannyer,huhu (macam aku sorang jer yang ader suami kan) ada aku kesah meh??
tapi tetap tak dapat berpuasa dengan hubby.:(.rinduuuuuuunyerrrr kat hubby.

okieys, tutup pasal rindu (eleh, nanti buka balik)..alhamdulillah, aku masih gak puasa (macam puasa tuh dah seminggu...hehe)..but still waiting dalam minggu2 ni, takut jugak if ada bulan lain yang muncul .hopefully tak der la bulan tuuttt yang muncul sebabnyer aku and hubby mengharapkan "isi" kali ini..isi??baby la..hohoho...

dan 2 hari lagi akan tiba birthday aku:))..genap umur aku 25 tahun dan hari lahir aku sebagai isteri orang.hehe..

okieys peeps,better stop sekarang sebab otak sudah jammed.hehehe...




Friday

weekend manyak cenyummmmmmmm ^___^

salam di jumaat yang berkat

alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumiNYA...

muka manyak senyummmmmmmm........sebabnyer aku dapat news yang hubby balik esok pagi,after jer dia balik keja terus naik flight-------->ke kuchinggggggggggggggg........tapi balik lagi ke putrajaya on sunday nite...huhuhu..sekejapnyer...tak per, walaupun sekejap dapat jugak aku lepaskan rindu yang bersarang dalam hati aku nih.hehhehehe...bunga-bunga cinta wooooo...


Thursday

facebook??lepas kawen??

askum peeps

Facebook??lepas kawen??kenapa aku timbulkan isu ini??ada yang bagitahu facebook adalah tempat yang paling sesuai untuk salurkan informasi.yup, aku akui sebab aku jemput kengkawan time kawen bulan mei ari tuh pon guna facebook..

aku tergerak hati nak buat n3 ni sebab aku diberitahu yang facebook adalah salah satu alat merosakan sesuatu hubungan.kenapa?yelah, if pasangan kita update status and status tu pulak boleh menyigung perasaan pasangannya,dan ini boleh menimbulkan pergaduhan antara mereka.aku bukan nak menyibuk dan aku juga bukan sapa2 untuk mempertikaikan penggunaan facebook ini.tapi, benda ni dah terjadi di hadapan aku sebab salah sorang kawan aku nih bergaduh pasal status di facebook.dan ini membuatkan aku berfikir..wajar atau tidak facebook selepas kawen aktif atau delete jer terus akaun facebook tuh??

hem..what say u???..aku pon dah tak tahu lagi nak bagi nasihat apa kat kawan aku..yelah,nasihat yang tak pernah aku miss tiap kali diaorang mengadu kat aku....SABAR..SABAR...SABAR....kan separuh dari iman, asam garam rumah tangga...yelah,if aku pon di tempat kawan aku tu pon belum tentu lagi aku SABAR kan..mana tahan wei if hubby kita dingin hanya KERANA STATUS di FACEBOOK.sedangkan pihak tu yang mula dulu..hem...tapi aku harap permasalahan antara dioarang nih tak berpanjangan,yelah..tinggal berapa hari sajer lagi kita nak puasa..

dan untuk pihak aku pulak, FACEBOOK ini adalah salah satu alat komunikasi aku dengan hubby..asyik 3G dan bsms nak jugak bermesej di FACEBOOK.hehehe..dan FYI, aku dan hubby masing-masing tahu password kami adalah sama.hik3....^_^.













**bukan nak sibuk hal orang... tapi benda ni buat aku berfikir..**








Monday

malam berlulut versi di kampung suami



salam

n3 kali ini berkenaan berlulut di tempat suami.kat tempat suami pulak,kami pilih persalinan vietnam dan korea.mak ai, hahahaha....model yang tak terlatih..^_^..yang dah baca n3 pasal berlulut tempat aku pasti tahu maksud berlulut ni kan.hehe...jum layan gambar kami.hehehe

itu dia, wajah kesayangan hamba
^_^


*
*
*
*
*
*
*

he kiss me ^______^

*
*
*
*

so how??ada gaya model tak???
hahahaaa...

*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
perasaan seh..huahuahua


hehehehe....okiey.itu jer yang aku dapat share.^_^..




nak citer perihal malam berlulut


salam...

n3 kali ni nak story perihal malam berlulut..hem, aku kurang pasti if rakan- rakan dari semenanjung familiar dengan word berlulut..untuk malam berlulut ni, aku namakan sebagai malam pertunjukkan fesyen atau dalam bahasa orang puteh nya, ,fashion show..=_=

acara malam berlulut selalunya di adakan selepas akad nikah. means if aku nikah petang sabtu, malam nya acara malam berlulut.dan seperti biasa after solat isyak..

aku citer malam berlulut di tempat aku dulu k.untuk malam berlulut nih, aku pilih persalinan jawa dan india.amatlah menyedihkan, aku belum lagi ade official soft copy gambar di tempat aku.:((.gambar ni pon aku ambik dari anak-anak buah dan kamera aku sendiri.huhuhu..

mera nam he..aishah he.^_^
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

perasan jawo.^_^

see, ada tak bakat terpadam untuk menjadi model???hahah...buang jer ke laut oit aishah..^_^and aku amatlah terhibur sangat-sangat masa malam berlulut nih.sebabnyer kan, aku disajikan dengan persembahan lakon beradat.itu pon, pak su yang sponsor..kumpulan di datangkan khas dari kampung kota samarahan, jauh tuuu...meh layan gambar diaorang.


yang kat tengah tuh..pak cik kepada my dad
pergh..semangat waja pak anjang.hehehe


tengok tuh..even pakcik-pakcik ni dan berusia tapi
energy diaorang sama dengan stacy af..
^_^

untuk pengetahuan kita bersama, persembahan lakonan beradat ini merupakan salah satu seni warisan di sarawak zaman dahulu kala.kumpulan ini di tubuhkan untuk menaikkan martabat seni sarawak dan aku akui ini lah kali pertama aku tahu pasal persembahan lakonan beradat nih.amatlah memalukan.maaf yer pakcik-pakcik..

dan malam tu jugak, kami (aku and hubby) telah di paksa untuk menari.kalau dalam bahasa melayu sarawak, kami menopeng..bukannya topeng yer kawan-kawan..^__^. sebabnya, pakcik- pakcik yang aktif tuh, siap panggil geng diaorang untuk bergendang..bergendang ni istilah sarawak.bergendang = adanya pukulan rebana, seruling dan penyanyi akan menyanyikan lagu dalam bahasa sarawak.dan penari akan menari di tengah..jum layan gambar kami..


hahaha. ^_^
mak ai, riangnya wajah kekanda.huhu

itu jer aku nak share kat korang.insyaALLAH, aku cari video lakonan beradat untuk tatapan semua.hehe..dan termasukkkkkkk jugak tarian aku dan hubby.hahah.tetttt..aku sangat malu saat tuh..




Friday

confirm sudah


salam di pagi jumaat yang hening..:))...semoga kita dirahmati dan diberkati..amin

tq those yang bagi support kat aku..ala..asha tak kisah pon, if tak dapat p honeymoon.cuma terkilan jer.erk??huhuhu..

confirm sudah..1 sept 2011 aku p jumpa hubby..aku dah pon beli tiket kch-kl, means aku beraya dengan hubby.itu pun, aku p raya ke 3...huhuhu..and 4 sept aku dah balik ke kchg.huhuhu..tak per..at least hubby ader orang yang temankan.betul tak..hehe..and hubby pon tak sabar nak tunggu kedatangan aku..oh, hubby..wait for me yunk yunk..:))..

dan hubby pun dah sediakan list untuk aku bawa p sana dan list yang wajib....sambal laksa sarawak dengan ikan terubuk masin..okiey hubby, nanti mama masakkan yer..:))..tapi sedih la jugak,sebab kami tak beraya dengan family..hem, tak per lah..next year hubby wajib balik raya yer.:).hehe....

dan ramai gak yang pelik nape lah aku sibuk nak beli tiket, yelah kampung aku di kuching.hem, korang memang tak faham.dah suami aku suruh p beraya dengan dia jadi aku kena la follow.dan tak salah kan tindakan aku nih.hem..korang de mulut..jadi korang asyik nak komen jer kan.hem, biarlah..ade ku kesah??yelah, bukan aku sorang jer ade suami..tapi those yang PJJ macam aku nih, mesti korang faham perasaan aku nih kan..

apa2 pun, aku nak latak jugak picture aku and hubby.time kita orang balik kampung..1 day bf4 hubby fly----->Putrajaya..




Thursday

frust

suma bloggers kat luar sana yg kawen sama tarikh dgn aku and sewaktu dengannyer dok post n3 pasal honeymoon...aku jer yang takder honeymoon..tak tahu nak cakap ape dah...:((((((((
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku frust....aku nak p makan dulu..
erk???....

Wednesday

PJJ??



salam..

esok malam jam 8 bertarikh 16 june 2011, aku akan menjadi PJJ----> stand for Perkahwinan Jarak Jauh..nampak gayanya, lepas ni kena drive pergi keja, balik pon kena drive jugak.huahau..tido pon sorang-sorang.huhuhuhu...wahai hati tabahlah kau..yeah, aku mesti kuat..

tak nak cakap banyak la, aku nak jugak tempek gambar2 yang aku ambik dari facebook official photographer aku -----;KERIS FOTOGRAFI..tak banyak gambar yang aku ambik, itu pon outdoor after akad nikah aku ari tuh.





**aku tak tahu kenapa lah pic aku nih dah bertukar size.memang kecil sangat-sangat nih..aku pon dah naik hairan.hem...if sapa yang bijaksana, tolong ajarin aku k.hehe..^__^


Tuesday

saNDING 29 mEi 2011


n3 kali nih,,aku nak review pasal sanding hari tuh 29 mei 2011. untuk majlis persandingan nih,aku pakai 2 persalinan
1st ----> persalinan gold and black
2nd----> persalinan gaun putih with baju istiadat
tak nak cakap banyak, kita layan kan jer gambar-gambar ni yer.
Black + Gold



Gaun Putih + Baju istiadat



Kat bawah ni pulak, gambar aku masa khatamal Al- Quran. Untuk khatamal ni, aku pilih baju jubah color hitam while the other color gold..memang simple sangat2 kan.:).


actually,tak ku sangka rupanyer aku nampak kurus walaupun hakikatnya badan aku makin berisi.yelah, hari2 makan dengan banyak..alhamdulillah, ramai yang puji color black gold even dulu pernah insan2 yang komen tak bagus color gold black nih..now, ko jugak orang pertama yang puji baju tuh kan...kan...kan???

simple jer kan majlis aku.sebab aku ade prinsip.lepas kahwin ade lagi benda yang lebih penting,sebabnyer aku dan hubby sekarang tengah fokus nak siapkan rumah kami^_____^.memang tak sabar nak tunggu rumah kami tu siap..













movie day

salam korang

hari ini nak story pasal movie yang aku layan with hubby..kiranyer ni adelah date kami after kawen.:))..huhu..tiada istilah honeymoon bagi aku dan dia.huhuhu...sedihnyer..
kami sempat la ambik masa hang out after office hour layan sampai 2 movie wei.atas alasan??aku frust
sangat2sebabnyer tak menyempat nak tengok NUR KASIH THE MOVIE.:(.

1st movie yang kami layan malam tuh KARAK. layan citer hantu..huahuahua.. tapi memang best la citer KARAK ni.thumbs up la kat KRU team.walaupun aku nih, bukan peminat setia citer hantu-hantu nih tapi memang layan la citer nih.yang pasti citer hantu malaysia nih memang hantu yang pandai sakat orang kan.huhuhu yelah ader part yang budak pakai baju sekolah yang cari mak dier.ish..ish..dan satu jer aku tak paham citer ni yang pasal si syera hilang, bab geng2 dier sumanyer mati accident. so aku tak tahu nasib si syera ni, adakah dia hilang and tinggal bersama Tok Malam??

satu lagi aku nak puji pasal lakonan pelakon dalam movie nih.Hebat okiey..even diaorang tu baru lagi tapi memang tabik spring la kat diaorang even aku kureng sikit kat Kilafairy yang seksi bangat tuh.tapi syera tuh sweet sangat kan.heehehehe..keep it up KRU team and pelakon KARAKdan aku percaya tujuan KRU buat citer ni sebab nak bagi pengajaran kat kiter sume, jangan sekali takbur dan bercakap besar---> part si Shahir berlawak pasal research aktiviti paranormal.dan paling berkesan dalam hati aku, pasal pembacaan ayat al- KURSI..aku percaya korang mesti hafal kan ayat al- KURSI tapi jarang kita nak ambik tahu erti sebenar ayat tersebut dan scene syera baca terjemahan tersebut memang aku fokus part tuh, yelah tak berguna jugak jika kita hanya pandai membaca al-Quran tapi kita tak ambik tahu pon isi tersirat ayat2 tersebut.

2nd movie yang aku nak story nih,KL GANGSTER.aku nak bagi 4.5 bintang untuk citer nih.citer ni padat sangat.even dari kostum dan penggunaan bahasa.aku percaya, mesti ader yang tak setuju tentang penggunaan bahasa diaorang kan, yelah citer melayu tapi bile bercakap gune bahasa campur bahsa pasar.macam penggunaan lu, maa,gua and so on. bagi pendapat peribadi aku, tak kan lah nak guna bahasa Malaysia bako, yelah dah namanyer citer KL GANGSTER so bahasa yang digunakan mesti lah bahasa pasar. lucu lah if, dialog keluar bahasa nih " kalau awak ambik tempat saya, saya bunuh awak"..alahai, memang berbudi bahasa la GANGSTER tuh..jangan marah.^__^. aku tak nafikan budi bahasa budaya kita and bahasa menunjukkan bangsa. tipulah if kita sendiri tak pernah guna bahasa pasar ni kan.even kita kalau kita tengah tawar menawar kat pasar malam confirm keluar ayat ni, ala, boleh la taukey, itu ma.."see??? erk??aku dah terlebih nampaknyer..hehehe..

pelakon pon memang best sangat-sangat.yelah dari aaron aziz sampai lah ke zizan (jozan).:)..and aksi yang tumbuk menumbuk pon best.memang layan lah..heheehe.and korang mesti pelik kan, naper aku tak bagi 5 bintang??sebab aku nak simpan setengah bintang tu untuk next movie dari skop production.huahuahua...

jadi those yang belum lagi tengok citer- citer nih,jum kita pergi tengok.yelah citer orang puteh korang dapat layan kan jadi pa kata kita layan citer tempatan.^______^.