Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday

kad kahwin dan cerita belakang tabir

dah settle kad kahwin aku.simple sangat..ini pon, aku cedok idea nih dari queen DIY si gaun putih yang bakal jadi puan 13 march ni..tapi memang idea aku nak buat dalam bentuk scroll.Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku.yippie!!!..aku sudah ada kad kahwin sendiri and yang merealisasikan impian kecil ku itu adalah abang zaifulbahtiar dari freeway design.so for sarawakian yang nak kahwin pegi jer kat kedai abang ni kat PLAZA ASTANA n ni no contact abang ZAI 016.869.5471.aku suka sangat berkerjasama dengan abang ni sebabnya dia tak sombong dan dia dengar jugak aku punya pendapat.

untuk kad ini, aku just bagitahu design yang aku nak and abang ni yang edit segala.sungguh teruja aku.huahuahuahua.sebabnya aku ada bad experience kat satu tempat area WISMA SATOK sarawakian memang tahu tempat ni.nak di jadikan cerita, aku pergi dengan niat berkobar-kobar buat kad kahwin.aku pon enter kat kedai tu and this is our conversation pada hari kejadian

aku : hie..(aku senyum) 

minah sengal: hem, nak ape??

aku: akak, saya nak tanya kad kahwin ni berapa untuk 1 copy?n how much for design? and boleh tak saya tengok sample kad yang ade?

minah sengal: hem,,,depend ler nak berapa keping,nak buat banyak-banyak pon boleh.design kami tak charge.kita takde contoh kad yang ada semua display kat sini jer

aku: (aku pandang kat kad display tu. Aduh, if korang mesti korang nak sentuh sample kad kan.nak tahu kertas tu ok ke tak..gila kentang lah minah tu, tak bagi pon aku pegang.) and aku tanye lagi.akak,if content kad tu saya nak letak 2 majlis leh tak?

minah sengal: u nak buat 4 majlis pon leh kita orang letak..

aku: (hati,sabarlah kau)..okie.yang pemangku kerja and al wakil (ni orang-orang penting dalam majlis n sarawakian pasti tahu dengan benda ni if kita buat majlis kat kampung) saya nak akak letak kat kawasan ini.if nama banyak sangat kak?

minah sengal: hem, nak letak sekampung pon boleh.

aku: oic..dan aku masih jugak bersabar dengan minah ni.and before aku tinggalkan tempat tu, aku just say thank so much yer kak.

and now aku dah sumpah aku tak nak masuk lagi kat kedai tu.even nak parking kereta pon aku park jauh-jauh.yang pasti bukan lagi kat depan kedai tu@area yang sewaktu dengannya.

dan berkat aku bersabar aku pon jumpa abang Zai ni..and aku tak dibayar untuk promote abang ni.sebab aku nak share experience aku bila deal dengan abang Zai dan bukanlah niat aku nak menjatuhkan business orang lain. tapi if etika kerja minah tu yang ZERO tak mustahil kedai tu boleh lingkup.dan rupanya bukan aku sorang jer yang terkena ramai lagi.and baru-baru ini sorang hamba ALLAH ni bagitahu da pakcik yang dah kena herdik sebab pakcik tu salah bagitahu part mana perlu di fotostat. hem, begitulah ragam manusia.budi bahasa bukan lagi menjadi budaya kita.

n now presenting........................................>>KAD KAHWIN AILEASHA



ni bahagian depan
kenape kosong jer??????
sebab kad aku ni kan style scroll.hehe
yang ni pulak kat inlay
content kad aku


























































































simple jer..huahuahua...tak der sampul pon.huhuhu.erk??if kengkawan aku yang kejauhan tak kan nak bagi scroll jugak???huahua.....idea...idea.cepat carik backup plan!! idea...idea...huhuhu

10 comments:

mimie kamisah said...

Assalamualaikum..
mun kitak lupak juak nak nyeruk kmk, sik la kmk tauk gik.. hehehehe
sikda bah deng, guro jak..

~ mizzAmy ~ said...

woww... buat scroll. tapi if yg jauh2 tuh kena buat card biasa or buat e-card pun ok kan?

asha said...

mimie~hahahah..ni da ktk di lupak la dear.

asha said...

mizz ammy~hem, aah kan..e-card pon okie gak.cepat lagi tepat.hehehe:)

~ NANA ~ said...

wahhh mesti cantik kn :)
camne g KL hari tu? jumper x SSF? hehe

asha said...

nana~hehehe...shopping sakan..hehehe..

Redbloodsnow said...

mek pun wedding kad lak..suma DIY. dr sampul hingga ke printing. suma mek pun. cume design belah dlm nya jak mek soh gerek abg mek design. mek tinggal print jak lak...kehkehkeh :D

asha said...

:)..harus ktk DIY zie.sebab ktk kreatif eh.lak kmk mok juak kad nok ktk diy ya^_^

salwa said...

Hi,

Happy sebab dapat baca isi blog ni pasal kad kawin scroll ni sbb i pun mmg teramat mengidamkan kad kahwin bentuk scroll ni..kalau boleh nak yg ada kayu kat both ends tu...

i just nak tanya..kalau buat yg scroll ni x perlu sampul la kan? kalau utk org jauh camana?

asha said...

:)..tq.simple jer kad scroll saya nih.
yang jauh pulak, kad scroll nih saya lipatkan jer.pastu letak ribbon.and masuk kat sampul.if awak ader buat stamping tarikh wedding awak, awak boleh cop sampul awak:)