Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday

update 1

askum pepps...

dan salam b2b yang masing2 sibuk buat preparation..dan aku??masih lagi disini..masih lagi dengan aktiviti harian aku..memang teramat sibuk kali ini sebabnyer kemasukan students baru untuk intake April.di tambah lagi aku turut serta membantu Mdm pasal asrama..hem, apatah lagi dengan kerenah parents yang super duper cerewet.tapi aku faham because my parents one of dalam group yang cerewet kalau bab-bab melibatkan hal asrama.

ingat lagi tak pasal aku down ari tuh??thank sekali lagi kepada those yang bagi support dan pendapat korang.aku memang amat perlukannya.dan terima kasih sekali lagi..dan aku telah pun buat short discussion dengan parents aku.Al-hamdulillah, my parents nak jugak aku teruskan wedding aku. Thank mum n dad..like my dad says" kita dah bayar deposit and dah buat family meeting jadi baik teruskan.benda baik, buat apa kita nak tangguhkan lagi.dan my dad galakkan aku untuk buat solat tahajud and solat hajat untuk majlis aku supaya majlis aku nanti berjalan dengan lancar.

dan kepada mereka yang pointing aku selfish, aku amat berterima kasih kat korang, sebabnyer korang memang mengambil berat tentang aku kan..yes, aku hargainya tapi better korang jaga dulu tepi kain korang k.tak baik dok ukur-ukur sisi kain orang.

aku nak smbung citer hal set perabot dalam bilik aku.aku serah bulat-bulat kat my dad n my mum.diaorang yang pergi survey and belikan.korang mesti hairan kan.macam aku nih tak kisah pasal wedding aku kan..nope.jangan salah sangka yer, aku masih lagi mahu teruskan wedding aku.aku masih lagi bersemangat cuma kali ini, biarlah ikut selera my dad n my mum dan aku ada alasan sendiri kenapa aku bagi kat parents aku yang uruskan.salah satunyer, parents aku tahu lagi pasal "kekuatan" katil yang dipilih nanti.hem, nampaknya ada unsur-unsur 18 keatas yer.dan satu lagi, waktu nenek aku masih sihat.my mum, my dad dan aku akan sama-sama pergi shopping tapi since nenek tak sihat nih.kami jarang keluar bersama.tambah lagi untuk weekend aku yang akan jaga nenek aku while weekday my mum yang akan jaga. jadi tak salah kan kali ini parents aku campur tangan sikit untuk hal bilik aku nih.my dad bagitahu set perabot bilik aku nih, akan sampai ESOK hari..dan aku memang dah mula nervous.kenapa nervous?rasanya korang tahu kot.

dan aku pernah post entry pasal baju nikah.Al-hamdulillah, aku dah try pon baju tuh.teramat lah puas hati kerana perut ku yang muncit ini tidaklah kelihatan cuma aku tidak berapa suka dengan lengan ku yang sebesar kayu balak nih.adakah disebabkan stering keta *maaf aku tak tahu how to spell stering,sebab English aku tak power sangat.yeah, nampaknya aku salahkan stering keta..

dan aku masih lagi mencari ilham untuk guestbook aku nih.actually, i'm not sure either guestbook ni praktikal atau tidak di bumi kenyalang ni.yelah, rata-rata b2b yang di semenanjung ader guestbook.tapi untuk di sarawak,aku tak nampak ianya di praktikkan. dan aku pula tak pasti if aku nak teruskan niat aku untuk guestbook ni.dan bila aku tanyer kat MR SB dan seperti selalu MR SB ku ni, memang tak banyak bicara and he will says "terpulang pada mama k..papa ikut ja".dan bila aku mention guestbook kat my mum..my mum aku akan tanyer balik..okie ka, mun nak polah macam ya kak? **aku guna bahasa sarawak k**.maksudnyer = ok, ke kalau kita buat macam tu, kak?..FYI, kakak adalah panggilan aku di rumah.

nampaknya kali ini, n3 aku nih dah macam long essay kan..dah boleh dapat markah full ni.;p.

nampaknyer, belum ader lagi produk DIY yang aku hasilkan setakat ini yer..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan kalau tidak silap perkiraan aku nih ade 28 hari lagi untuk aku jadi isteri orang
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan saat ini aku amat rindukan MR SB
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
begitulah jika CINTA kami dipisahkan oleh LAUT CHINA SELATAN
*
*
*
*
*
*
*
kalau lah LAUT tu aku leh redah..gulppp...aku tak pandai berenang okie.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kami tetap PJJ even selepas kahwin
*
*
*
Perkahwinan
Jarak
Jauh
*
*
*
*
*
*
*
bye

4 comments:

ztie said...

pjj pun xpa.. janji hati sayang dan percayak satu sama lain. tetap akan bahagia :D

kiambang said...
This comment has been removed by the author.
aie said...

hahaha...welcome to the club! ^^ tok baruk welcome to the club...hahaha..PJJ!

Redbloodsnow said...

haa...juh hi five asha. mek kelak pun akan tetap PJJ lepas nikah lah. sorg c aman, sorg di kuching.

sampey lah dillah dpt transfer :(