Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday

pahit manis 2011

tinggal lagi 2 hari untuk ke tahun 2012 ^_^...dan selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011.
pahit manis yang berlaku sepanjang 2011..manisnya bila 2011, transform dari single ke double ----> ke alam perkahwinan..amat berdebar-debar saat aku di akad nikahkan.selain perkahwinan aku dan MRSB yang mana perkahwinan kami di kira penggabungan dua buah keluarga yang terpisah jauh..rupa-rupanya aku dan MRSB ada bau-bau bacang tapi nasib baik lah aku bukan mak cik MRSB kalau tak..huh..


dan syukur ya ALLAH rezeki yang Kau berikan kepada hambaMU ini..sebabnya aku telah dilantik sebagai pensyarah sambilan dan sehingga kini pun aku rezeki ku masih berterusan..boleh di katakan tahun 2011 aku nih, aku buat kerja 2 in 1.:)..seperti kata MRSB aku lah superwoman.hehehe..

dan pahitnya pulak di tahun 2011, bila nenek tersayang yang aku panggil Mak Tua telah kembali ke rahmatullah 1/5/2011.Al- Fatiah buat nenek yang aku anggap seperti emak ku sendiri dan betapa kami amat rapat dan sehingga kini aku dan keluarga masih merasai kehilangannya.semoga nenek di tempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah. kami akan merinduimu. 

dan wishlist untuk 2012 aku kali ini

zuriat
aku dan MRSB telah berbincang memandangkan kami berPJJ dan PJJ bukanlah alasan untuk kami tidak mahu kan zuriat..dan kami tidak pernah lupa untuk bedoa semoga kami di kurniakan zuriat.dan aku dan MRSB amat menantikan saat bergelar ma n pa.:).
Amat tertekan bila orang-orang sekeliling bertanyakan pasal anak dan amat sakit sekali bila ada insan yang membuat andaian yang aku tak nak mengandung sebab nak jaga badan.erk??aku bukan artis ok.


transfer MRSB
aku sedia maklum yang kerjaya MRSB bukanlah bekerja dipejabat tapi kebanyakan kerja MRSB di luar, berdepan dengan pelbagai karenah orang awam terutamanya di jalan raya. dan aku amat berharap tahun ini MRSB dapat berpindah ke SARAWAK.kalau tak silap aku dah 8 tahun MRSB di tempat orang..Semoga di permudahkan perpindahannya.Amin.




rumah
kalau tak silap aku 20/12/2011, aku telah ke pejabat peguam sebab nak uruskan pembelian rumah kami. semoga Allah permudahkan segalanya.Amin.






semoga apa yang aku dan MRSB hajati akan tercapai.semoga ALLAH memudahkan laluan bagi kami untuk mencapai hajat kami ini.Amin.




dan amat tidak sabar untuk menunggu MRSB pulang ke Sarawak..


19/1/2012-->MRSB pulang ke Sarawak
20/1/2012-24/1/2012->Sabah mari^_____^

*
*
*
*
*
insyaALLAH, two become three :)...



No comments: