Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday

bila sidia kaki bola

MRSB yang pakai baju color biru

Kalau dh minat bola..memang tak sah kalau tak singgah..
Tinggal 2 hari jer lagi MRSB nk balik Putrajaya.  Kembali berPJJ.; (

Friday

bulan mac untuk tahun 2013

tajuk entry yang tak leh dijangka akal.
terima sms dari MRSB...kecewa ok.

" mama, maaf, cuti bulan 3 dibekukan, esok nak g IPK ada taklimat''

sudahnya, bulan 3 nanti ada majlis keluarga, kalau tak silap.sepupu aku akan kawen bulan mac 2013 tapi belum ader actual date sebab belum confirm lagi. yelah, kalau cikgu nak kawen kena tengok dulu takwim sekolah.betul tak? maaf kalau salah. maaf yer cikgu.
menjawab la aku pergi majlis tu sorang-sorang :(.




lupakan sejenak

fokus 7 hari saja lagi untuk berjumpa dengan MRSB.
(^___^)






Saturday

blogshop yang CHANTEK

sambil "key in" markah "student " sambil tu jugak lah aku cuci mata dan cuci poket sekali  jum kita terjah blogshop yang sangat best ini



 ^_____________^.  





selamat berkerja pada hari sabtu







Yer, hebat sangat bilaku rasakan aku turun bekerja pada hari sabtu...suka sangatttttttttttt  
[ mata ke atas, tangan ke tas bahu]..

aku turun keja sabtu ni pon sebab nak kena SIAPKAN  proses " key in' markah "student'.
Bahagian ini yang palingggggggggggggg MALAS tapi memang sudah kerjanya begitu kan kan kan..tapi tak per, disebabkan ada 13 hari saja lagi aku akan berjumpa dengan cinta hati a.k.a MRSB ku tempuhi juga sabtu yang penuh malas ini..perghhhhh....ayat motivasi lah sangat kan??


Welcome December.... 

^_______________^

Friday

amat tidak sabar

malam ini ada maharaja lawak mega 2012..hehe..so lets trending..hahahhaha..gelak sampai bergegar lemak.
bye...jumpa lagiii



28 hari saja lagi untuk berjumpa dengan MRSB
love youuu..^_____^

COUNTING dAYS



Yippieee....It's FRIDAY...and 2nd November..HELLO NOVEMBER...and please be nice to me 


^_________________^


Can't wait for DECEMBER....




Wait for me MRSB...


LOVE YOU.


Monday

isnin yang blues

Hari ini masuk kerja..lemau..seriously mungkin penat sangat berfikir ataupon dalam erti kata lain overload :)
sejujurnya, aku malas nak bertembung dengan pelajar buat masa sekarang..dan apatah lagi, untuk masuk bagi lecture.. *_______* . hem, (looking for the new job??) . 
teringat dengan senior management...it is not easy to satisfy people..huh...
so aku buat keputusan untuk habiskan saja cutiku yang berbaki 5 hari, tiket dah beli..so nanti leh fly without wing to MRSB dan yang paling penting sekali off jer handphone.
bukan give up atau feed up dengan kerja aku tapi there a lot of multitasking. kita pon leh tersasar tau dari objektif kerja kita.
sometime, aku setuju. yup, kita perlu multitasking untuk asah kita punyer skills..
kadang-kadang terlintas di hati nak quit and exit from this company tapi itu bukan jalan terbaik kan..

tak suka lah kerja yang urus hostel pelajar *____________* 
tak suka bila berdepan dengan karenah diorang... BOSANNNN
nak mengajar jerrrrrrr :( boleh???





“If Allah knows any good in your hearts, he will give you something better…”
[Surah Anfal, 8:70]



source: here

Thursday

selamat kembali


tarikh hari ini, dengan rasminya aku berblog kembali..dan tarikh ini jugak, aku sign up account twitter. so good bye to facebook...kenapa??sebab aku rasakan tiada privacy disitu.
ya aku memang kejam.aku perlu kejam kerana facebook seakan tidak selamat lagi pada aku.
alasan untuk create account twitter??sebab suka-suka.gila.dush...
okey.bye..


stress quoted for today ^_^

credit: mr google

Tuesday

ramadhan berkat

salam ramadhan kalian

agak lama aku tidak mengeluarkan sebarang "entry"..bercuti mungkin?hehe..sebetulnya, aku kekeringan idea untuk "update" blog..

sesiapa yang "friend list" aku di "facebook" a.k.a muka buku pasti mencari- cari akaun fb aku.maaf kalian,aku terpaksa menutup sementara akaun muka buku aku.

alhamdulillah rezeki ramadhan, satunya permohonan pembelian untuk rumah kami telah diluluskan.tidak sabar untuk mendapatkan kunci rumah dari pemaju..haha..walaupun proses "transfer" MRSB masih belum mencapai titik noktah. Seperti yang kakak kerani kat tempat MRSB bertugas cakap, yang permohonan "transfer" MRSB dah kat Bukit Aman. Maksudnya, pesanan kepada diri sendiri, jangan meletak sebarang harapan untuk "transfer" tersebut tetapi itu tidak bermaksud aku tidak mendoakannya.huhuhu.

dan satu lagi, aku amat tidak sabar untuk flying without wing ke Putrajaya pada malam 3 Ogos 2012 untuk berjumpa MRSB.InsyaAllah.sejujurnya, inilah kali pertama aku akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Menyiapkan berbuka dan sahur untuk MRSB.
selalunya masa berbuka dan sahur aku akan bervideo call dengan MRSB. hehehe..
dengan rasminya aku akan sambut hari lahir aku tahun ini, disisi MRSB...4 Ogos adalah hari dan bulan  aku dilahirkan didunia ini.heheh...


sampai disini saja.bye.salam ramadhan yang ke 11..










Wednesday

Selamat Hari Lahir Papa

salam sejahtera

Selamat Hari Lahir Papa a.k.a MRSB yang ke 29 tahun ^_______________^.
InsyaALLAH, akan terbang jam 9.45 malam untuk sambut Hari Lahir dengan sidia dan yang syurganya, hari ini kerja setengah hari .
Terima Kasih, En Razali..

Hadiah untuk MRSB kali ini, jam tangan dan cupcake jer ..insyaALLAH...akan aku update lagi selepas balik "bercuti" dengan MRSB.huhuhu..

Allah selamatkan kamu..
Selamat Hari Lahir sayang..
Happy Birthday to you...
Mwwwaahhhhhhhhh........
Jumpa kamu malam nanti... ^____^





Tuesday

terima kasih Nurhanisyah Binti Umar

Jam 2.25 petang, aku dapat parcel dari seorang sahabat dunia dan akhirat Nurhanisyah a.k.a eisya.
gumbiranya tidak terkata..aku memang suka sangat-sangat sebab dapat ole-ole dari bandung. Al- kisahnya, eisya baru balik bercuti dari bandung..super duper jeles..huhuhu.. 
tapi tak takper, yang penting dapat ole-ole..hahhahaha..


dapat 2 beg dan 2 keychain
satu key chain bagi kat emak
yang satu lagi untuk aku
eisya siap bagi notes lagi tapi kan...guna pen merahhh
adussss..hahahha...


dan esoknya iaitu hari ini...aku terusssssssssssssssssss pakaiiiiiiiiiiiiii beg nih ......
hahahhahahahahha    ^_________^





ni before nak pergi kerja (hari ini)
terus ambil gambar
Jutaan terima kasih Nurhanisyah Binti Umar..love uuuuuuuuuuu....insyaALLAH, kita akan ketemu..kau di belawai..aku di kuching..^____^.

Thursday

28 jun - 29 jun confirm sudah

28 jun - 29 jun cuti sudah approve. ^___________^

27 jun - half day.hehehe...
flight jam 7.45 mlm..


senyum..tak perlu kata apa-apa :)
tak sabar nak jumpa MRSB...

Wednesday

1 tahun 2 hari



1 tahun 2 hari..alhamdulillah..usia perkahwinan aku dan MRSB..
dapat sms dari MRSB dan ini lah yang membuat aku tak sabar nak berjumpa dengan MRSB.
cepat..cepatlah..ke bulan jun..rindu bangat nih. ^_^..




Ya, Allah...permudahkanlah segala proses pertukaran MRSB ke sarawak dan tabahkan hati kami Ya, Allah.sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui.Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday

save the date



saya kunci tarikh itu.hehehe

dapat jer duit yang di bank in oleh MRSB terus beli tiket maknanyer, 27 jun 2012 ni aku fly jumpa MRSB..rindunyer kat MRSB ^_^

27 JUN 2012--> Birthday MRSB.tak der nak buat suprise sebab kalau aku tak bagitahu kat MRSB sapa yang nak jemput aku kat LCCT??hahaha.parah wooooo...so aku decide biarlah MRSB tahu pasal ni tapi yang cuma aku rahsiakan ialah hadiah untuk MRSB..hehehe.:) 

untuk birthday MRSB kali ini, aku bagi jam, cupcake dan baju.hehe.insyaALLAH, ingat before fly nanti nak tambah satu lagi hadiah kt MRSB..huhu..^_^. kenapa baju?? kalau ikut plan baju tu kami akan pakai pada 28 MEI 2012 @ hari isnin nanti tapi di sebabkan MRSB tak dapat cuti..sob..sob kenalah bawak baju tu ke Putrajaya. Baju tu, baju couple.hehhee..dan kalau ikut plan asal kitaorang nak ambil gambar pakai baju tu ulang tahun perkahwinan kami tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.tak per, itu boleh di kemudiankan.

dan kenapa aku pilih 27 jun, nape tak 25@26 ker?satunyer, sebab aku kena tampal carry mark student aku dan aku kena berada kat opis 26 jun sebab aku bagi tempoh student untuk jumpa aku pasal carry mark diaorang.manelah tahu ader yang tak berpuas hati dengan markah diaorang..yang ini kena ikut lesson plan yang aku dah buat..so kena ikut.hehe..jadi sempat lagi kan nak sambut birthday dengan MRSB.like my bos always say "teda masaalah".hehe


so mulai sekarang counting days.hehehe.miss you babeh.hehehe


Thursday

sudah jatuh ditimpa tangga?

baru berkesempatan nak update blog..
inikah yang di panggil sudah jatuh ditimpa ditimpa tangga.
dan paling tepat untuk aku katakan kejadian di bulan Mei..

8 Mei 2012  ---> MRSB dapat demam campak.adoyaiii..

11 Mei 2012 ---> Bapak aku langgar bontot kereta orang.huhu.yang ini masa nak masuk simpang kat area Tabuan Jaya, tempat yang penuh dengan adegan jem.huhu.

15 Mei 2012 ---> Rumah aku (rumah parents) pulak kena masuk pencuri..nasib baik lah pencuri ni bukan golongan techno class, kalau tak memang dah pencuri ambik laptop aku dan adik aku..tapi yang sedihnyer, duit mak aku yang di kebas pencuri dengan beg kerja emak aku sekali tapi nasib baik wallet mak aku diaorang tak kebas.sebab mak aku simpan wallet dia kat almari bilik. Selepas kejadian tu, aku dah takut nak tidur malam..bila dengar bunyi sikit jer,confirm aku akan terjaga dan payah nak lelap mata.

22 Mei 2012 ---> yang ini pulak, pasal aku sendiri..aku langgar bontot kereta orang.yang ini pulak, odw ke opis, jam 7.20 pagi perghhh..lagi lah kereta yang aku langgar tu, honda city hytec..Q** 7***. kejadian ni, masa nak keluar bulatan..napelah jalan raya kat sarawak ni, banyak sangat bulatan yer???huhuhu..yolah, nak salahkan bulatan la tewwww.ingat nak settle guna tunai..hahaha..perghhh..tapi nasib baik, pak cik tu baik tau..dia suruh aku claim insurans jer.sebab kerosakan kereta dia, memang makan ribu..hahah.kalau rm 1@rm 2  ribu ok sikit kot sambil tengok buku biru (asb saving) tapi ni dah atas 2 ribu..so baik gunakan insurans untuk cover. terima kasih sekali lagi kat pak cik yang baik hati.Gaji bulan ni pon aku kena cover untuk kereta aku sendiri.malas nak claim insurans sebab bumper jer yang jatuh and kemek kat hood depan.huhuhu.pastu nak kena bayar kompaun lagi.hahaha. rm300 melayang..menangis air mata darah pun tak guna. Tapi alhamduliilah, tak der sapa yang cedera..MRSB tak dapat nak cakap apa..huhu.sebab bagi dia, dah ok kalau tak der sapa yang cedera dan pesan lain kali berhati-hati di jalan raya.

sekarang masa  nak keluar simpang dan bulatan pun aku dah takut.huhu..inilah kali pertama aku langgar kereta orang.


dan bila benda ini terjadi dan kita kena hadapi sorang2 memang sakit sangat-sangat.yelah bila duduk berjauhan kita kena jadi super woman.dan aku pasti ada rahmat di sebalik kejadian serta inilah dugaan aku dan MRSB..untuk kami menguatkan lagi rasa kasih dan sayang sesama kami. ^_^

pencuri yang berbadan kecil
masuk ikut tingkap bilik arwah nenek


bumper depan yang ader telinga
dan satu2nyer ader kat kereta aku.hahaha

:(


tak ader gambar kereta pak cik tu, sebab kalut sangat.





salam sejahtera 

alhamdulillah, kalau mengikut kalendar Islam hari ini genap satu tahun aku dan MRSB hidup sebagai suami isteri.

seperti baru semalam MRSB aku dan MRSB berkahwin.huhuhu..alhamdulillah, satu tahun juga la aku dan MRSB hidup berjauhan atas tuntutan tugas masing-masing tapi itu bukan halangan untuk kami untuk terus merasa bahagia seperti pasangan yang tidak berpjj.

sejujurnya, ada pahit dan manis selama satu tahun hidup berumah tangga, yelah..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.gaduh, rajuk, marah, sayang semuanya pernah aku hadapi dan aku percaya korang pon ader jugak kan.

satu tahun kami berdua dan semoga selepas ini akan bertiga.insyaALLAH. itu terletak pada yang Maha Berkuasa, ALLAH s.w.t yang hanya mampu kami buat ialah berdoa dan berusaha.
seperti kata bapak aku..usaha kan tangga kejayaan.hahaha.



sayang papa, sayang selalu.sayang selamanya..







25 Jamadil akhir 1433H
kalau ikut kalendar orang puteh = 28 mei 2012
jam 3.00 petang (yang ini aku sempat tengok jam.ok.haha)
dengan sekali lafaz dia terima nikahnya dengan mas kawin yang tersebut.







Friday

akhirnya kini pasti







jumaat yang penuh berkat ^____^

MRSB call.. "mama, tadik BPH call, diaorang cakap papa dapat kuarters, alhamdulillah.
akhirnya pemohonan MRSB nak dapatkan kuarters telah di luluskan. :)

so nanti anytime boleh pergi jumpa MRSB sebab sekarang  MRSB masih duduk flat dengan kengkawan dia yang belum berkahwin.

tapi kalau dah dapat kuartes ni, adakah kebarangkalian MRSB proses transfer MRSB akan di lambatkan??
wawawawawa..adakah kami akan terus berPJJ sampa bila-bila??adoyaiii...




Thursday

kesibukan yang melanda

credit: google

semester pendek dan 2 subjek, CCU dan Business Ethics..arghhhh....malas nyer. sebab nak kene prepare course outline, marking lagi, slide notes..arghhh..

opsss...berhenti merungut asha.. ^_________^.


Wednesday

baby di hari buruh

tajuk yang pelik.hehe.baby di hari buruh maksudnya bukan menurut kamus dewan atau wikipedia tapi telah dicipta oleh aku sendiri

masa lunch hour tadi aku and the geng pergi ke Hospital Umum Sarawak sebab sorang dari geng opis aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang beratnya 3.04 kg..wah sihatnyer.hehe. 





memperkenalkan muhammad ar- rafeeq nadim @buruh
hahaha



sedapnyer tido..



ini lah mummy kepada muhammad ar-rafeeq nadim
cute jer color pink tuh..




baju yang sama pergi akad nikah sepupu aku
haha..baju yang tak payah nak iron
lengan besar body builder :)

sangat gembira dan teruja bila ada baby yang come dan baru lahir .hehe..
insyaALLAH, akan ada rezeki aku nanti so kepada yang bertanya terima kasih atas keperihatinan anda semua yer..dan sapa yang dah berkahwin pastinya mahukan zuriat cuma lambat dan cepat..

tak tahu nak cakap apa

salam sejahtera dan salam sayang semuanya

amat merisaukan bila sang suami jauh di mata dan apatah lagi bekerja dengan orang awam. dan aku percaya korang pernah membaca dan menonton pasal BERSIH 3.0 secara lansung dan tidak lansung kan??

entry kali ini memang bukan pasal BERSIH dan pasal politik sebab aku memang kureng dan lansung tidak berminat pon pasal politik nih..

tapi entry kali nak ceta pasal sang suami @MRSB..sebab bagi aku tempat MRSB di sana memang dah tak selamat lagi dah..hati mana yang tak risau bila MRSB text bagitahu yang dia kena standby kat somewhere. 

Ya, ALLAH..dan aku amat berharap MRSB akan dapat transfer secepat yang mungkin dan mungkin ada yang pikir aku nih amat pentingkan diri sendiri.yup.sebab dia adalan suamiku dan dia adalah orang yang aku sayang. dan aku yakin korang pon akan be as protector bila orang yang kamu sayang dalam keadaan yang bahaya kan?

dan aku amat berharap kali ini MRSB akan dapat transfer..akan ku tunggu MRSB di KIA @ Kuching International Airport...

sayang papa..sayang selalu sayang selamanya..

Thursday

flying without wing










yihaaaaaaa...akan ketemu sama MRSB bulan Ogos..alahai..lamenyer....
begitulah adat bila berpjj nih.terus jer syok bila beli tiket  walaupun hanya akan berjumpa bulan yang berikutnya.huhuhu..mesti korang pelik kan kenape lah bulan ogos?kenapa tak MEI atau JUN??sebab MRSB dan aku dalm sektor kerja yang berbeza SO masing-masing dengan kesibukan kerja.

flight aku 3 Ogos which mean esoknya 4 Ogos adalah hari kelahiranku.heheh..harus aku datang jumpa MRSB..dan yang paling best sekali hari lahir aku jatuh di bulan puasa..dan aku ingin sekali nak sambut puasa bersama dengan MRSB dan ini lah kali pertama aku sambut puasa as his wife..jadi aku nak merasa pengalaman untuk sediakan sahur dan berbuka puasa dengan MRSB..mesti best kan. ^___^

dan paling syok shopping time..hahha..aku yakin time tuh mesti dah ader sale kan.hahaha.wink..wink..tapi itu hanya sampingan sahaja.tapi yang paling utama adalah berjumpa dengan MRSB..

sayang papa..sayang selalu sayang selamanya..

Wednesday

sanding sepupu

yang ini sambungan dari n3 ini
kali ini nak share pasal majlis sanding sepupu aku..tak nak cakap banyak.cuma nak tempek gambar jer.dan yang paling best kali ini adernya MRSB di sisi menjadikan ia sungguh bermakna. ^________^



















ok.bye.


Tuesday

dia terima nikahnya

21/4/2012

tajuk dia terima nikahnya merujuk kepada sepupu aku Mohd Azlan Bin Mohd Kassim a.k.a Top..alhamdulillah dengan sekali lafaz sepupu aku dah pon bergelar suami orang.welcome to the club..
actually, time ni sangat lah rushing sepatutnya rombongan penganti lelaki akan stop kat rumah sewa sepupu aku kat Matang tapi tetiba dapat call dari our uncle@ pak Anjang suruh pergi rumah dia secepat yang mungkin di Lorong Kemuning sebab rombongan pengantin lelaki nak stop kat rumah Pak Anjang. Pak Anjang mintak tolong dia sebab anak dia tak der kat rumah sebab anak dia yang sorang kat UITM Shah Alam yang sorang lagi mengajar  kat SMK Terbedu ngam-ngam masa sekolah ganti. ha ambik..aku lah si bidan terjun.hahaha.

after got the call, aku and MRSB pon pecut ke rumah Pak Anjang dan ambil jer baju yang dalam almari dan akan mandi and tukar pakaian kat rumah Pak Anjang sebab akad nikah tu start after zuhur..
sampai jer rumah Pak Anjang terus la si bidan terjun ni pergi ke dapur. Nasib baik lah tak masak banyak cuma yang ringan-ringan jer.huhu..

after selesai tuh, terus mandi and solat tetapi.....jeng..jeng..sekali aku tersalah bawak baju..sebab aku terambil baju yang selalu aku pakai untuk pergi kerja..huhu..











yeah, rombongan pengantin lelaki (kami) dah sampai








nota kaki: jangan kalut.huhu

Friday

dia bersama dengan saya sekarang ..^___________________^





nak tunjuk rajin la tewww..hahahha

MRSB ni kalau balik kuching@sarawak mesti dia ikut p keja jugak.hehhe..

Wednesday

hip hip horey

MRSB text me
"mama, jemput papa kat airport k malam ni.flight papa jam 2155 sampai kuching jam 2345."
aku terus jer call MRSB..senyum sampai telinga..yahoooo...

sudahnyer after APPRECIATION DINNER TM SARAWAK ON 18 APRIL 2012 BERSAMA DATO' ZAM this nite terus ke airport jemput MRSB. hopefully, dinner malam ni cepat habis so ader masa balik rumah and bersihkan diri dulu before jumpa MRSB. ^___________^.yihaaaaaaaa...


rupanyer rindu selepas berkahwin ni lain kan..heheh... 







Thursday

Bila VCO+ NUTOx + serunding halia berGABUNG



salam sejahtera buat kalian

tajuk entry bila VCO + NUTOx + serunding halia bergabung ( tangan ke dada, mata ke atas)
hahahah

inilah hasilnya...
tapi yang paling penting solat lima waktu sehari semalam
maaf.aku tidak riak apatah lagi dengan niat untuk menunjuk-menunjuk.
just nak share untuk kalian semua
dan yang paling tak sabar tunggu MRSB balik even sekejap
dan amat berharap mei nanti dia balik kuching
sebab aku sangat rindu kat MRSB.



picture ini tidak di edit



salam sayang semuanya
aku dapat news dari my dad..minggu lepas punyer ceta..ader sorang polis and rela datang kat rumah kami
serious, my dad cuak.yelah, mana tahu kami ade buat salah ke.huhu..actually, diaorang dah datang dua kali tapi  semua manusia kat rumah kami bekerja..huhu.and nasib baik on that day, my dad balik solat zuhur kat rumah.

sebetulnyer, diaorang datang sebab nak periksa adakah samada aku nih isteri kepada MRSB dan banyak lah sesi interview between my dad dengan orang tersebut.

bila story kat MRSB, MRSB bagitahu yang tu adalah procedure bila MRSB apply for transfer and now i'm waiting for the call..sebab MRSB bagitahu jugak, isteri kawan dia yang satu jabatan dapat call tapi napelah dalam kes aku nih,diaorang pergi kat rumah pulak yer?? tak kisah ah, yang penting MRSB dapat pindah ke kuching..

Ya, ALLAH..permudahkan segalanya..Kau Yang Maha Mengetahui, Ya ALLAH..amin.



p/s: nazar aku..jika MRSB dapat pindah..buat kenduri kat opis..makan2 ler ^_^




Friday




yeah hari ini hari jumaat
esok hari sabtu
lusa hari ahad
minggu ini boleh rehat sepuas- puasnya..


hari ini nak kongsi pasal bahan bacaan yang telah menjadi pilihan hati aku..
kalau dulu, setiap bulan jer confirm aku beli majalah pengantin, stalista dan yang sewaktu dengannya.


antara koleksi aku yang aku letak kat opis


tapi sekarang dah bertukar ke Majalah Wanita..
banyak sangat info, tips dan yang paling best ade resipi
leh try masak..itupan kalau aku rajinlah..hehe
dulu memang tak pandang pon Majalah Wanita nih..tapi bila bergelar isteri kepada MRSB Majalah Wanita adalah yang jadi kewajipan dan tambah lagi majalah ni keluar 2 kali sebulan
dan paling penting.murah.RM 5.00 jer..

cuma tinggal buku-buku pasal pregnancy jer aku belum beli
sebab belum lagi diberikan ALLAH rezeki
tak per..insyaALLAH..kalau rezeki tak kemana ^_^
betul tak?hehehe






yang ni pulak buku wajib bila jaga student exam :)








Thursday

percubaan yang pertama

credit: en. Google


hari ni nak ceta sikit pasal percubaan yang pertama..
bukan pasal trial exam ok.hehe..atau yang sewaktu dengannya.
korang penah dengar dan tahu tak pasal nutox oxyfusion? ala yang fazura jadi model tu.hehehe..
sekarang nih, aku tengah cuba produk ni lah..satunyer sebab terpengaruh dengan geng satu opis. pergh..dengan tanpa sesalan di hati..semalam singgah kat farmasi Watson di Boulevard Kuching. selepas timbang tara dan fikir sedalam-dalamnya terus ambik set nutox oxyfusion dan terus bayar di kaunter..almost rm 100.00 habis kot sebab aku terus buat member card.baru nak buat member card.alahai..orang lain dah bertahun-tahun ada member card watson nih..ok.admitted. aku memang tak suka buat member card nih.leceh.hehe..alasan.

semoga percubaan yang pertama ke atas kulit muka ku ini BERHASIL.:) amin.
sebab kulit aku nih memang sensitif..bila aku tersalah guna produk kosmetik or salah makan ker.sebab certain seafood aku tak makan..bibir aku akan mula kembang dan merah.dan seriously, boleh di katakan bibir aku akan transform ke bibir Angelina Jolie.hahahahaha...

dan sebab aper aku gatal nak jugak gunakan produk ni sebab....semuanya untuk MRSB, yer puan-puan sekalian kita mesti nampak cantik dan menawan di depan suami kita.tambah lagi MRSB nak balik sarawak tak lama lagiii :)...tapi seminggu jer :(..pastu kena balik ke Putrajaya..sedih.

eleh, muka jer ok tapi perut muncit dan gem..uk.haha..ok.itu aku.
bercakap pasal gemuk ni atau bahasa lembutnya sedikit berisi lah, sekarang aku tengah bentangkan proposal aku kat MRSB pasal nak masuk gym..sila jangan gelak ok.
padan muka.now, MRSB nak aku bagi 5 alasan kukuh kat dia kenapa dia perlu izinkan aku masuk gym.adoiyai...mati kutu sudah.:(
tapi mesti ader yang pelik kan, ala nak masuk gym pon naper nak kena perlu tanyer kat MRSB jugak..sebabnyer, kita keluar rumah untuk ke gym kan? jadi harus kita as wife mintak izin kat husband dulu.betul tak??
dan MRSB memang selalu buat video call..kalau kantoi?ha..tak nak..tak nak...tak nak..
dan yang paling penting sumber tambahan dari poket MRSB.hahaha..


ok.done.

nanti ketemu lagi..:)




p/s : wish me luck.



Monday

rindu


MRSB text ; now papa dah kat cherating,mama..

lambat jer SMS nak masuk..:( yelah MRSB bawak motor
.
rindu sangat-sangat kat MRSB..

cepatlah kursus cepatlah kau habis

cepatlah so dapatlah MRSB balik sarawak walaupun sekejap.. ^_^


Friday

DULU dan SEKARANG

Jumaat yang aman dan damai

dulu dan sekarang bila jumaat jer confirm senyum sampai ke telinga.sebab sabtu dan ahad kan cuti.
tapi tajuk nih memang tak der kaitan pon dengan hari, minggu atau bulan yer.hehe

dulu semua color baju aku on jer tapi sekarang lebih ke arah color hitam.nape yer??huhu..mengikut kajian warna hitam adalah amat sesuai bagi yang berbadan seperti aku untuk kelihatan kurus.so sekarang nih, memang warna hitam adalah wajib like witch yu hee macam citer korea lakonan Han Ga In as Ma Yoo Hee and Jae Hee as Chae Moo Ryong tapi bedanya aku tak pakai cermin mata sih..

wawawa.nafsu makan memang tak leh di bendung lagi dan ader yang tersalah anggap yang aku nih dah pregnant.adoyai..see?

help me...huhuhu


pipi yang tembam
lengan yang dah macam body builder
miss him
MRSB kursus time nih
sempat lagi nak pose


bulan 5 kena pastikan aku mesti kurus.sebabnyer MRSB plan nak balik sarawak sekejap tetapi adakah misi itu akan berjaya??haha..

Tuesday

sapa layan drama korea dream high session 2?? sekarang aku tengah layan drama  nih dan mengigihkan diri download drama nih.best wooo.kalau time study dulu, study week jer bukan menghadap buku or notes tapi menghadap latop sambil layan drama korea.sanggup lagi berjaga malam.

credit: mr google



hero ceta nih
jung jin won 2 AM
sekarang ni datang kembali penyakit drama korea nih sebabnyer sabtu lepas aku terbukak channel 391 tanpa sengaja.hahaha..


1st drama korea yang aku layan FULL HOUSE 

credit: mr google

2nd drama korea MY GIRL


credit: mr google

dan seterusnya bayak lagi lah. memang suka layan drama korea nih tapi aku memang tak leh nak hafal nama pelakon-pelakon.sebabnyer yang lelakinyer jambu yang perempuannya comel. :)