Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday

update secara marathon

baru berkesempatan nak update blog kali ini. memang super duper sibuk. dengan hostel registration dengan subject registration dan kelas.. berhenti merungut ok..itu namanya kerja... keep calm and think positive ^__^. 

ada satu benda yang aku nak share..alhamdulillah, MRSB dah DAPAT PINDAH ke SARAWAK...16 mei 2013 MRSB dan lapor diri kat IPK KUCHING. .yeahhhhhhhhhh...boleh senyum sampai ke telinga. Inilah saat yang aku tunggu dari berPJJ ke hubungan jarak dekat.

In sha ALLAH, jumaat ini dah boleh pindah masuk ke rumah kami..sebab aku cuti esok hari.yeahhhhhh..double yeahhhhhhh...hahaha... baru berkesempatan masuk rumah baru sebab baru settle down perabot dan kargo MRSB baru jer sampai  semalam.


chup..chup..sebetulnya kan bila berhubungan dekat nih..semua benda nak kena ambil masa tau. sebabnya aku seorang yang berdikari  dan semua benda nak buat sendiri. yelah..preparation wedding dulu pon sorang-sorang..it's take time ok..sebab nak sesuaikan persekitaran kami. memang ada yang pelik kan tapi itulah realiti yang aku tengah hadapai sekarang. yelah. sebelum nak turun kerja nak kena sediakan breakfast MRSB dan sewaktu dengannya..kalau dulu tak minum pagi pon tak per, boleh lagi minum di office. hahahha..


so sekarang boleh fokus dengan belanjawan kami,  tapi aku  dapat email dari big bos. ada tema building dan pedagogy 28 jun - 2 july 2013.waawawawawa..kalau dulu nak pergi KL/semenanjung..perghhhh aku lah orang yang  akan  bersemangat tapi sekarang..ZERO.huhuhu..sebab MRSB kan dah dekat dimata :).


ok. chow chin chow sebab da kelas...


Friday

its in our hand

Syukur Alhamdulillah..semalam aku @ kami dah dapat kunci dari pemaju. Sekarang dah boleh fikir untuk perabot dan hiasan kat dalam rumah. Tak sabar nak pindah masuk tapi kan aku dan MRSB masih lagi berpjj..huhuhu.

But sebelum boleh duduk rumah baru tu. Kena uruskan dulu bahagian electric dan air..yelah..dah tu benda asas yang mesti ada.InsyaAllah..kalau benda tu dah siap bolehlah pindah masuk.hehehe..

Takper pelan2 sebab MRSB pun belum dapat transfer lagi..so uruskan dulu benda asas baru ke bahagian pengisian dalam rumah.hehehe...bagi aku pulak. Aku suka simple dan tak banyak perabot..MRSB pun sama.. dan dia suka style moden.hehehe.

Rumah kami tak besar..tp cukup untuk kami berdua. InsyaALLAH..mungkin bertiga selepas ini.amin.


Kunci dan dokumen serahan
(^_^)
Ok. That's all..InsyaALLAH next entry update pasal rumah tu nanti.hehehe.


Tuesday

rindu hubby

Penat sangat2 bila berpjj nih kan..harapan tahun baru nih akan ada sinar untuk transfer MRSB..masih lagi menyimpan harapan sedangkan benda tu belum lagi pasti.huhuhu.

Kalau dalam sarawak.aku ok lagi.tapi dia kat semenanjung malaysia @putrajaya..sedih tauk..huhu.


Kalau tak silap..9@10 tahun MRSB bertugas kat sana.harap2 lah tahun ini impian kami cerah walaupun sekarang nih musim hujan.


Itulah salah satu wish aku untuk tahun 2013..dan insyaAllah, rezeki untuk mendapatkan anak.bukankah usaha itu tangga kejayaan. (^_^)..

Terima sms dari MRSB.
Aku dh nangis masa nih  
*selamat tahun baru 2013 kalian.