Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday

17032015

tajuk guna nombor sebab memang tak tahu nak letak tajuk apa..
sepi? menyepi dari dunia blogging sebab aku mungkin lebih suka jadi "silent reader".
Kehidupan sekarang memang ada pasang surut.. baik dari "marriage life till work life".
Sekarang dah masuk 1 tahun 1 bulan lebih umur Muhammad Aaqif. eh korang mesti pelik kan. Eh ader ke yang akan rasa pelik. yer la, setahu aku.. aku tak pernah update lagi pasal aku dah beranak. huhuhu.. 

Alhamdulillah.. 26 januari 2014, aku selamat lahirkan Muhammad Aaqif berat 2.34kg jer. ringan kan..dan normal. Genap jer 34 minggu Aaqif pon keluar memang tak sabar kot nak tengok dunia. hehe. memang down sangat2 bila dapat berat baby kurang dr 2.5kg. tapi syukur sangat2, Aaqif sihat sepenuhnya sampai lah sekarang walaupun masa tu dengan kuning lagi sampai kena admit 3 hari 2 malam. Agak terseksa jugak la berpantang di hospital. sedih.

Dan sekarang.. aku mengandung lagi..hahahha.. rezeki. aku terima. dan ramai yang tanyer, kau tak planning ker? kau memang kejar umur ker? atau kau memang suka nak beranak. jawapannya adalah. aku memang suka beranak.puas hati?haha. tak der lah, rezeki dah ALLAH bagi aku ambiklah.dan harapan kali ini, nak dapat anak perempuan tapi kalau ALLAH bagi lagi anak lelaki aku terima yang penting sihat. Tapi kali ini dalam gembira ada juga sedih. pernah dengar pasal "ovarian cyst" ketika hamil? Akulah salah seorang penghidap penyakit tu. "Panic attack"!!!!.. gila tak panik. Sebab selepas jer dapat keputusan nih, aku hampir dilanggar kereta nasib baik MRSB yang tolong. Rupanyer MRSB ada panggil2 aku lepas keluar dari klinik aku jer tak dengar. Masuk jer kereta terus nangis. MRSB pon pelik. Yelah, tetiba jer kan.. So aku pon bagitahu sejarah CYST nih.

Cyst nih boleh jadi ikut membesar sama dengan baby kita ataupun boleh mengecil semasa kehamilan. Dan harapan aku sekarang memang mengharapkan dan berdoa yang cyst ini akan mengecil dan akan hilang terus.  Cyst aku masa scan hari tu 3x4cm kurang dari 5cm.
Tapi siapalah aku untuk melawan kehendak ALLAH kan.. Mungkin ada hikmah ALLAH pilih aku sebab nak uji tahap keimanan aku. 

So cukuplah setakat ini bebelan aku. Tetiba rajin pulak nak update notes. Bye till we meet again.. 
Doakan aku supaya cyst aku mengecil dan makin mengecil dan baby dalam keadaan yang sihat. 



Muhammad Aaqif 11 bulan


#aku sekarang dah 9 minggu..

1 comment:

Zie Madini said...

tedah ktk sis... kenak cyst ktk. benda yg di takut leh perempuan :( Semoga cyst ktk mengecik sis.