Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday

membebel

rindu sangat2 kat blog pinky nih..huhuhu..memang tak der masa nak update blog..manyak busy oooooo...psssst, aku curik2 update blog nih.huhuhu..

dengan akiviti key in data student untuk intake baru and telemarketing activity.alhamdulillah, aku dah pon bayar deposit untuk fotografi dan videografi aku.pejam mata wei.huahuahua..tapi tak per bakinyer pulak MR SB yang banyarkan sebabnyer aku dan MR SB share..sharing is caring.hiik..hik...

and now aku sedang menanti dengan penuh kesabaran dokumen kawen MR SB yang MR SB poskan semalam.sungguh tidak sabar atau dalam erti kata lain aku nak percepatkan proses dokumen kawen aku nih.yelah, tak kan nak kawen besok baru nak cari jurunikah and saksi.betul tak??jangan main-main pasal dokumen kawen ni.silap hari bulan tak jadik kawen..opsss..mintak di jauhkan.yelah,tinggal 58 hari lagi aku nak kawen and kalau ikut kan wedding ticker 1 bulan 4 minggu 1 hari...perghhhhhh..aku akui aku dah terasa nervous sangat-sangat even sedara mara aku tanya kat aku perasaan aku masa nih.aku dengan confirmnya akan jawab.. okie jer sambil buat muka cool tapi dalam hati dup dap dup dap..

adus, kasut kawen tak carik lagi nih..arghhh....bunga-bungaan untuk nikah, sanding and decoration hantaran tak settle lagi,, carik wedding song sebab MR SB nak aku carikkan huh, alahai MR SB ku sayang, aku jugak yang kena carik.hem, wedding song nih mesti lagu yang ade bunyi kompang atau lagu kawen-kawen jer ke??lagu jiwang-jiwang tak leh ker yang abang anuar yayaya sedetik lebih ker..nice aper lagu tuh.layannnnnn...

adus malam ni nak pergi outing baju nikah confirm berat aku dah terlebih nih..oh nafsu makan ku yang makin meninggi wajarkah aku menyalahkan ko???aduhai, ape lagi yang aku belum buat yer..graf nervous ku semakin memuncak........tulun tulun..........huhuhuhuh..

oh, hati tenanglah kau...oh en tenang di manakah kau????pergi-pergi en panik aku tak mo ko..huhuhu







Friday

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuu......surat akuan bujang MR SB dah keluar..alhamdulillah..yeah-yeah dah boley tawennnnnnnnnnnnnnn....**gatai**..hahahhaha...

and now langkah seterusnya settle kan surat mastautin tetap. HIV test MR SB pun dah settle jugak.alhamdulillah..^_______^..*muka manyak senyum*..syukur Ya ALLAH, yang telah melancarkan langkah 
kami dalam menuju mendirikan masjid mudah-mudahan selepas ini akan di permudahkan segalanya.amin.

and kat sini gak nak wish SELAMAT HARI ULANGTAHUN POLIS KE 204 untuk MR SB.sekarang ni pon MR SB sangatlah bz sebabnyer PUTRAJAYA as a tuan rumah untuk ulangtahun kali ni..hehehe..Selamat Bertugas MR SB yang penting jaga diri dan jangan lupa asal usul kita..aku memang tak pernah miss bagi pesanan ni kat MR SB sejak dia masuk kerajaya POLIS tahun 2005.

dan esoknyer pulak ada mesyuarat bagi majlis perkahwinan aku.tak sabar nak jumpa saudara-mara.ehhehe.hem, tujuan mesyuarat ini pulak nak membincangkan serta pembahagian tugas-tugas yang perlu di lakukan on my wedding day.if kat sarawak we called them as PEMANGKU KERJA and WAKIL MAJLIS (orang penting majlis yang melancarkan majlis kita) and aku tak sure kat tempat kamu, kamu dan kamu ade ke tak orang-orang penting ni.tapi if not mistaken kat semenanjung di panggil pemanggah majlis kan?sorry yer, if i'm wrong. .

~~~psst..aku dah terasa bahang nak kawen nih..hehehehe~~



Thursday

FLAG

salam 

aku masih lagi bermain dengan crepe paper..dan hasilnya FLAG untuk Khatamal Al- Quran. Sebetulnyer, aku tak pasti tempat lain ada atau tidak benda alah ni.
aku nak story sikit pasal FLAG ni and why aku panggil benda ni sebagai FLAG..kita tengok gambar- gambar kat bawah ni k.

 beginilah bentuk FLAG untuk khatamal al-quran
 FYI.. FLAG ni akan diletakkan atas nasik pulut kuning tu nanti.nak buat benda ni, perlukan kesabaran yang tinggi sebab melibatkan ukiran yang teramat lah payah bila time nak gunting segala.
untuk ukiran ni, aku ukir dulu kat satu cardboard yang keras dan potong menggunakan pisau..macam dua gambar yang kat bawah ni

ukiran khat ALLAH
ukiran khat Muhammad s.a.w
selepas tu, aku letak ukiran ni kat atas kertas crepe paper dan aku lukis based on ukiran khat ni .sebelum tu kena potong crepe paper macam bentuk yang kat bawah ni.

ni sebelum potong dan ukiran khat yang telah di lakarkan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
maka terhasillah FLAG khatamal ni
and aku guna crepe paper yang bersinar cikit yang macam kat atas tuh.

ni pulak lidi yang di buat dari pokok buluh
nasib la ada hamba ALLAH yang sanggup potongkan buluh ni kecil-kecil
tapi tetap gak bersihkan lidi ni kasi licin.
lidi ni pulak untuk di gamkan bersama FLAG tadi.

my mum yang tolong aku tapi tetap jugak aku yang kena ukir khat ni.and my mum told, benda ni one of cara orang lama-lama masa khatamal AL-QURAN and my mum nak sangat aku buat FLAG ni sebab nak sambung tradisi dia yang dulu khatamal AL-QURAN guna FLAG ni.Demi mak ku tersayang aku pon setuju jugak buat benda ni.tak salah kan..kan.yelah, dah aku sorang anak perempuan tunggal sapa lagi nak tolong sambung tradisi dia.^_^.kalau ikutkan mak aku, dia nak buat replika yang macam kereta berhias tapi my dad tak nak.yelah, nak cari yang tukang kayu lagi,nak buat ukirang lagi makan masa tu nak buat.tapi aku percaya kat kawasan SARIKEI, Sarawak masih lagi kot buat replika dan di arak satu kampung bebudak yang akan khtamal AL-QURAN. sebab kalau tak silap aku, dalam tahun 2008 aku p sana ade lagi diorang buat replika atau kereta berhias.sayang, aku tak der save picture tu.if ade, nak jugak aku tempek kat sini.

tapi tak per, even tak der replika yang mak aku mahu tu,FLAG yang macam ni ader at least mak aku tak lah berkecik hati sangat kan..kan.^_^.FLAG ni pon masih lagi in progress sebabnyer aku kena beli pelilit hijau untuk dililit kat  lidi.yelah, takkan ler lidi tuh berbogel, dia pon nak pakai baju gak kan.hehe.

so, kena tunggu la masa khatamal AL-QURAN aku baru di ambil gambar FLAG secara keseluruhan.

hem, aku tak kisah what people will say pasal FLAG ni yang penting hati mak aku tu happy dan tak salah kita kekalkan tradisi kita selagi ia tidak mendatangkan bahana kat sapa-sapa kan..look like i care??hahaha..

atau dalam bahasa melayu sarawak, "sapa gik nak nyambung cara kita mensia marek mun sik anak cucuk dirik pon" menar sik.hehehe^_^



~~pssst..cantek tak??cepat puji sebelum aku bertukar jadi hijau.hahahaha...LOL.

Wednesday

tak bertajuk

salam..

aku nak pergi buat marketing ari ini, nak pergi sekolah- sekolah di bahagian SERIAN, SARAWAK.nak tangkap student lepasan SPM/STPM 2010.hehehehe..opssss..aku bukan mak ayam okie atau sewaktu dengan ayam.hehehe.aku nak market tempat kerja aku KOLEJ MULTIMEDIA bahagian SARAWAK.hem, mesti korang penah dengar kan MMU stand for MULTIMEDIA UNIVERSITY yang kat CYBERJAYA.Kolej MULTIMEDIA ni pulak anak kepada MULTIMEDIA UNIVERSITY and di Kolej MULTIMEDIA nih cuma ader program diploma jer so if kalau nak further study in degree,master dan phd kena sambung kat MULTIMEDIA UNIVERSITY dan juga kalau tak silap aku, boleh sambung di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK known as UNIMAS ku GEMILANG but it depend on ur CGPA or subject yang di ambil.mak ai, sempat lagi buat promotion.huahuahuahua...praktis nak buat marketing ari nih.

jadi, aku ada target ari ni tapi yang tak best nyer...jauh ooooo..SERIAN tapi tak per aku nak jadi co pilot jer ari nih.hehehehehe..

sebenarnyer, aku nak story pasal flag a.ka. bendera untuk khatamal AL-QURAN..hem, nanti lah aku story yer and aku tak pasti anda di luar sana tahu ke tak pasal bendera Khatamal nih,yelah aku percaya setiap tempat atau negeri laiN-lain lah cara hidup dan pandangan kan.hehehe..

jadi kena tunggu ler story flag made in SARAWAK yer..

Tuesday

bunga manggar versi asha

salam dan selamat pagi

Tak mo dah sedey-sedey..tq kat nana, dia honey,ztie ,ekin and zie yang bagi aku galakkan yang membina. dan juga yang paling penting sedarkan aku untuk terus think positive.go go aisha..dan aku happy ini pon sebabnyer baru jer lepas ber3G dengan MR SB.kangen sama lu MR SB.hehehe

now,aku kembali dengan projek DIY aku..bunga manggar..huahuahuahua..hopefully, menjadi la bunga manggar aku nih, yelah dari aku upah orang buatkan atau beli.jadi tak salah kita mencuba kan.apa yang penting air tangan pengantin.huahuahuahua.

aku buat bungga manggar nih guna crepe paper jer.panggg, aku menyesal sangat-sangat masa pegi semua house ari tu aku tak beli pon crepe paper ni.dah balik sarawak baruk nak pergi beli.wawawaw,menyesal tak sudah la wei.yelah, kalau ikut price kat sini ade yang RM 1 dan ade gak yang RM 1.50..perghh...mahal siot.yelah, kat semua house yang aku tengok ari tu RM 0.50 jer....adusss..menyesal pon tarak guna wooooooo...

hem, tak per..projek bunga manggar tetap di teruskan dengan semangat yang membara..jadi aku nak jugak tempek segala picture bunga manggar aku.sori ya, kualiti gambar kureng sebabnyer hp aku tak lah cangih mana pon.

crepe paper ni aku lipat memanjang pastu aku guntingkan macam yang kita tengok kat atas nih

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dah boleh buka and mesti hati-hati yer

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dalam keadaan menegak
lilitkan kat batang lidi
macam aku ni,aku try jer lilit kat batang bulu ayam mak aku.
hehehe

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ader 4 color yang aku dah siapkan tinggal nak lilitkan kat batang lidi jer lagi
aja..aja..fighting

so, how??hehehe..okies tak hasil tangan aku nih.hahahaha...cepat puji sekarang..nanti aku hadiahkan flying kiss.hahahahah.....

Monday

inikah dipanggil DUGAAN??

betol kata orang dahulu kala..akan ada dugaan mendatang. sebabnyer aku pun tengah berdugaan sekarang nih.. sekarang ni.hem,apatah lagi hubungan jarak jauh.nope.kami tak gaduh tapi segala persediaan aku yang buat.sedihnyer, tanpa MR SB disisi.kami dipisahkan oleh LAUT CHINA SELATAN.memang aku dah lali tinggal berjauhan tapi di saat-saat kami hendak disatukan aku perlukan dia disisku.kalau time beli barang kahwin terpaksa kami MMS dan 3G..:(..aku ingat lagi time aku shopping kain nikah.aku ber3G dengan MR SB termasuk amoi kedai kain tu masuk sekali.

aku tidak merungut tapi aku amat-amat perlukan dia ketika ini.dan satu lagi berita tergempar yang bagi aku amatlah tergempar..kemungkinan MR SB akan berkursus motor besar selama sebulan..itu istilah yang dia bagi kat aku.coz MR SB aku ni pak polisi and dia dulu beruniform color biru but then ditukarkan ke polis trafik.means HONEYMOON kami terpaksa kami tangguhkan ker TAHUN DEPAN so boleh lagi ke istilah HONEYMOON ini aku gunakan????atau aku tukarkan percutian yang tertangguh???

kalau dulu, aku hafal jadual kerja dan bentuk kerja dia and now aku kadang-kadang tak paham jadual kerja dia.hem, aku akui if dia keja 24 hours kami tak akan bersms.bayangkan 1 hari suntuk aku tak dengar berita dari dia.kalau lah ade benda penting yang nak kena share kat MR SB, kena tunggu dia habis keja jam 8.00 pagi esoknyer.belum lagi kalau kat tempat dia ada function and dia bertugas masa tuh.aku tak salahkan kerja dia tapi kekadang aku kesian kat MR SB.kami pernah gaduh besar pasal masa kerja dia.aku akui ya..memang salah aku..dan dia pon tengah bengang dengan penyelia dia end up kami gaduh besar.

and now...dia tengah bertugas dan duty dia habis esok hari jam 8.00 PAGI..coz dia masuk jam 8.00 pagi hari ini.aku faham kerana dia milik orang awam.dan pada 28 mei 2011, dia akan jadi milikku.amin.

dan sekarang ramai yang bertanya aku akan follow dia ke SEMENANJUNG??aku just say..dimana suami ku berada disitulah akan adanya aku tapi..my mum and my dad memang berat hati nak lepaskan aku.itu aku dapat rasakan even my parents didn't say anything..

we will see after MEI 2011 because in my planning i will fly to SEMENANJUNG on JULY...


hanya ALLAH yang tahu 


love u MR SB

~~doakan kami untuk langkah ke 28 MEI 2011, kerana aku percaya doa adalah senjata utama kita as muslimin dan muslimat...

Friday

wedding shoe

salam

hari nak story pasal kasut kahwin and minta pendapat kalian semua..

kasut kahwin ni.kalau kita nak beli..hem, kita mesti beli untuk pakai time nikah, sanding and bertandang ker??atau kita pakai the only one kasut untuk 3 majlis ni??and masa nikah tu perlu pakai kasut ke tak??sebabnyer aku nikah kat rumah.hem, mesti lepas jer nikah mesti ade outdoor untuk photo shoot kan??huhuhu..
alamak, pejam celik pejam celik..dah tinggal 2 bulan.kasut tak cari lagi.huahuahuahua.....tak kan nak berkaki ayam.heheh.okie ape, if berkaki ayam.elyana pon nyanyi tak pakai kasut.erk..tu elyana..artis.ko pulak??aishah sahari..bukan artis.huahuahua..

and aku pun cuci mata kat carian google sebentar tadi.hem, wedding shoe ni mesti color putih jer ker??color lain??hehehe
google

google



google



google

huhuhuhu..cantik-cantik belaka.^___^...dan aku..masih lagi mencari.yang penting selesa dipakai dan cantik dipandang.

Thursday

uJIAN sArINGAN HIV

salam

hari ini agak sibuk bagi aku untuk menguruskan HIV tEst..dari jam 11 pagi aku berkejar ke Jabatan Agama Islam Sarawak and minta segala borang untuk HIV 

selepas settle ke bahagian ambil borang HIV test, aku pon pergi ke POLIKLINIK JALAN MASJID, sarawakian mesti kenal benar kan klinik ni.hehehehe.after that terus ke kaunter pendaftaran and pay RM 1.00 untuk pendafataran.and kakak nurse tu suruh aku masuk bilik no 4.adusss, lama betul tunggu turn aku..dahlah nurse yang ambil aku punyer form banyak tanyer siap tanyer en tunang aku keja ape dan segalah berkaitan.
okie, aku masih bersabar and layankan jer.

hem, aku ingatkan bile jer masuk bilik tu akak nurse akan terus buat blood test tapiiiiiiiiiiiiiiiii....................mak ai, ader pulak sesi kaunseling yang berkaiatan AIDS and HIV..siap ader presentation and gambar-gambar.adusss..sudah lah aku ni lemah semangat.dan jujur, aku menjerit bila akak nurse tu tunjuk gambar tutttttttttttttttttttttttttt...takut wei.sentap habis.huhuhuhuhu.

abis jer penerangan akak tu yang 20 minit...barulah darah ku di ambil untuk di uji.tup tup tap, aku takut jarum weiiiiiiiiiiiiiii.....................tap.adusss,dan akak tu letak darah aku kat dalam entah yang bentuk segiempat pajang color putih and ade word C T S yang aku tak paham code aper.and korang nak tahu, time akak tu nak cucuk tangan aku, aku terbaca doa makan.adusssssssssssssss....adusss...malu wei.

pas tu kena tunggu lagi 15-20 minit untuk result sama ada negative or positive...

15 minit kemudian......................alhamdulillah.negative.^_^.yeah, boleh kawen.hahahha..

and aku nak ambil gambar yang ade darah aku kat alat yang buat HIV test,akak nurse tu tak bagi.huhuhuhu.kedekut betul la akak tu kan,hehehe..


pssst~ untuk pengetahuan korang kat sarawak belum lagi di wajibkan untuk HIV TEST.tapi aku buat ini pon untuk rujukan kesihatan aku sajer dan memandangkan en tunangku MR SB ni berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan dia memang wajib untuk buat HIV TEST jadi aku pun ikut langkah die.tak salah kan.:)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

inilah rupa bentuk borang untuk ujian saringan HIV tEST.


Wednesday

henna a.k inai tangan

today nak story sikit hal henna @ inai tangan @ orang sarawak call it as paca tangan.if not mistaken.yang ni, aku tak perlu lagi nak mencari sapa yang akan inaikan tangan aku sebabnyer aku dapat freeeeeeeeeeeeeeee untuk inai tangan aku.heheh..yelah, orang berbudi kita berbahasa dan orang memberi kita merasa.:).hadiah dari aunty sue.tq yer aunty.asha hug kejap.hehehhe:

now aku nak cari pula design untuk henna ni.pssst...sebenarnya my dad tak suka if ade inai yang lukis kat tangan.tapi tak per kan, yang penting jangan over sampai macam bentuk tattoo.betul tak??huhuhu..

jum kita mengoogle design mana yang sesuai untuk tangan ku nanti sambil mencuci mata.ehhehe..^____^












hem, amat berkenan dengan henna kat tangan ayu raudah.hehehe.kalau scroll kat bawah lagi raja farah pun cantik jugak kan.hehehe.tapi yang last ni cantik kan and untuk yang kat jari tengah tu.hem, aku nak tukar ker jari manis.eheheh.tak sesuai pulak nak letak kat jari tengah kan.huhuhuhu.apa-pun mesti bawak design-design ni nanti.hehehe..harap-harap menjadi.hehe.amin

Tuesday

i wish

wish...wish..wish...^_^

nak kata wish ke dream??atau perasan??huhuhu.

seriously aku memang idam nak akad nikah yang stylo  kat bawah ni


purdah tu jer lah not the full attire.seksi ooo..
hehehe
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

sweet kan SARI YANTI nikah.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jatuh chenta kat style bienda 
huahuahuahua....sopan santun kan style ni.sangat suke................^______^

Monday

tudung nikah

wow, 2 bulan 2 minggu.adussss..memang cepat betul ya masa berlalu.
memang cuak kalau tengok kalender.aiyarkkk...dokumen nikah belum lagi siap still lagi pending.lagi lah kalau nak bersuamikan polis.banyak lagi dokumen yang MR SB nak settlekan. my dad pon dah mula tanyer dokumen  kami.hem, aku pun tak dapat nak proceed bahagian aku if bahagian MR SB still tak selesai lagi kan.harap-harap this week bahagian MR SB selesai..amin

lately, aku dah transform dari seorang yang tak pernah pegang jarum dan segala alatan menjahit ke seorang yang tukang jahit yang tak berapa nak mahir.huhuhu.aku DIY tudung  nikah aku.sebabnyer selendang aku tu memang plain and color pulak wana putih.jadi aku ambil lah keputusan yang tekad untuk menghias selendang nikah aku.jadi dengan berbekalkan idea yang kering,jemari yang keras, kain lace + bermanik serta jarum benang dan dengan lafaz bismillah...ini lah yang dapat aku kongsikan.huhuhu

selendang yang masih lagi suci 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaaaaaaaaaa....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
masih lagi dalam pembikinan
tinggal lagi 1.5 meter lagi
chaiyok-chaiyok asha^_^

aku tak berapa pandai sangat nak pakai tudung yang awaning, yang keras kat depan.huhuhu..jadi aku ambil la alternatif jahit sendiri yelah kalau tak di pecahkan ruyung mana dapat sagunya.betul tak..huahuahua... and aku akui if kita kita yakin kita boleh buat,kita pasti akan buat.

psst~manik ni berat so macam terletak jer kat dahi n if suami nak kiss terus kena kat dahi kita.huahua..gatal mode on.hahahaha

nanti if dah siap, aku tunjuk full yer.hehehe....

Friday

paper bag versi 1

mak ai, tajuk n3 siap ada versi 1.huhuhu..sekarang ni aku giat  meDIY paper bag aku..paper bag aku ni, simple sangat-sangat.^_^..huhuhu...tak macam orang lain pon yang nampak mewah..aku ni pengantin bajet.:).tapi takpe, yang penting air tangan pengantin.hehe..pergh, air tangan yang tak berapa nak kreatif..if tengok gambar-gambar ni.huhuhu.sungguh tidak kemas sekali.1st trial katakan.alasan.hahaha..
selepas penat menjadi pengecop yang tegar.huhuhu...

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......now....kita saksikan..hasil aileasha untuk mei 2011^_^

*
*
*
*
*
*

1. kat kiri tu, aku main ikat2 jer
and yang tengah berbaring tu, aku tak tahu nak deco macam maner lagi.
kering dah otak nak pikir.
*
*
*
*
*
*
*
*

 no 1. :).

*
*
*
*
*

no 2.
aku berkenan dengan style ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


yang ni tak tahu nak deco ikut yg no 1 @ no 2??
atau nak tukar hiasan lain??hehehe...

tapi bila tengok-tengok kan still nampak kosong lagi kan paper bag tu even dah ade ribbon color pink..huhuhu...perlu ke aku buat thank u taq and gantung kat paper bag tu.
hem, ,nape aku pilih color pink for my ribbon??? sedangkan theme pelamin and baju sanding color lain..ini lah jawapannya:

1. coz tu kan color feveret aku
2. family aku pakai color ni jadi kiranyer trademark wedding aku lah.huhuhu..
3. aku punyer suka.haha
4. aku nak ubatkan hati aku yang frust sebab tak dapat color pink as my wedding theme^_^.
5. pink itu penyejuk hati.dia tak kacau orang.

^______^ nak senyum sampai ke telinga jap.

Thursday

contact lenses

gerun if aku terfikir benda ni.sebabnyer aku dah di takutkan oleh kenalan terdekat aku tentang penggunaan lenses. tambah lagi dengan aku yang memang penakut. hem, apa kaitan n3 aku dengan lenses??

tukang andam aku, mak sue nak aku pakai lenses untuk nikah @ sanding.alahai mak su, leh tak if aku tak pakai benda alah ni.hem, mesti sakit kan...tapi mak su berkeras jugak aku pakai lenses ni.aiyoooooo.....nak pakai ke tak nak pakai??if aku nak pakai jugak sapa nak tolong pasangkan untuk aku?? and ada effect tak if kita menangis masa pakai lenses ni??sebabnya aku ni touching orangnyer.huhuhuhu..aku takut aku menagis time di ijab kabulkan.huhuhu...

later-later lah aku pikir lagi..huhuhu...nak cuci mata jap kat MR GOOGLE  sambil mengutip keyakinan dan keberanian untk lenses..huahuahua



nice color




hehehe...mak ai.
okie tak if pakai yang style nih??heheh







cantek bangat yer amoi ni


cantik-cantik mata korang ni.
if aku yang pakai???


patutlah japanese gal ni cute-cute belaka.



~~~sakit tak if pakai benda alah ni and senang ke nak pakai??hehe.....aku budak yang tak tahu menahu benda ni.sebab memang tak de dalam list hidup ku.
Al- hamdulillah, ALLAH kurniakan mataku yang masih lagi mampu melihat dengan baik.




Wednesday

kad kahwin dan cerita belakang tabir

dah settle kad kahwin aku.simple sangat..ini pon, aku cedok idea nih dari queen DIY si gaun putih yang bakal jadi puan 13 march ni..tapi memang idea aku nak buat dalam bentuk scroll.Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku.yippie!!!..aku sudah ada kad kahwin sendiri and yang merealisasikan impian kecil ku itu adalah abang zaifulbahtiar dari freeway design.so for sarawakian yang nak kahwin pegi jer kat kedai abang ni kat PLAZA ASTANA n ni no contact abang ZAI 016.869.5471.aku suka sangat berkerjasama dengan abang ni sebabnya dia tak sombong dan dia dengar jugak aku punya pendapat.

untuk kad ini, aku just bagitahu design yang aku nak and abang ni yang edit segala.sungguh teruja aku.huahuahuahua.sebabnya aku ada bad experience kat satu tempat area WISMA SATOK sarawakian memang tahu tempat ni.nak di jadikan cerita, aku pergi dengan niat berkobar-kobar buat kad kahwin.aku pon enter kat kedai tu and this is our conversation pada hari kejadian

aku : hie..(aku senyum) 

minah sengal: hem, nak ape??

aku: akak, saya nak tanya kad kahwin ni berapa untuk 1 copy?n how much for design? and boleh tak saya tengok sample kad yang ade?

minah sengal: hem,,,depend ler nak berapa keping,nak buat banyak-banyak pon boleh.design kami tak charge.kita takde contoh kad yang ada semua display kat sini jer

aku: (aku pandang kat kad display tu. Aduh, if korang mesti korang nak sentuh sample kad kan.nak tahu kertas tu ok ke tak..gila kentang lah minah tu, tak bagi pon aku pegang.) and aku tanye lagi.akak,if content kad tu saya nak letak 2 majlis leh tak?

minah sengal: u nak buat 4 majlis pon leh kita orang letak..

aku: (hati,sabarlah kau)..okie.yang pemangku kerja and al wakil (ni orang-orang penting dalam majlis n sarawakian pasti tahu dengan benda ni if kita buat majlis kat kampung) saya nak akak letak kat kawasan ini.if nama banyak sangat kak?

minah sengal: hem, nak letak sekampung pon boleh.

aku: oic..dan aku masih jugak bersabar dengan minah ni.and before aku tinggalkan tempat tu, aku just say thank so much yer kak.

and now aku dah sumpah aku tak nak masuk lagi kat kedai tu.even nak parking kereta pon aku park jauh-jauh.yang pasti bukan lagi kat depan kedai tu@area yang sewaktu dengannya.

dan berkat aku bersabar aku pon jumpa abang Zai ni..and aku tak dibayar untuk promote abang ni.sebab aku nak share experience aku bila deal dengan abang Zai dan bukanlah niat aku nak menjatuhkan business orang lain. tapi if etika kerja minah tu yang ZERO tak mustahil kedai tu boleh lingkup.dan rupanya bukan aku sorang jer yang terkena ramai lagi.and baru-baru ini sorang hamba ALLAH ni bagitahu da pakcik yang dah kena herdik sebab pakcik tu salah bagitahu part mana perlu di fotostat. hem, begitulah ragam manusia.budi bahasa bukan lagi menjadi budaya kita.

n now presenting........................................>>KAD KAHWIN AILEASHA



ni bahagian depan
kenape kosong jer??????
sebab kad aku ni kan style scroll.hehe
yang ni pulak kat inlay
content kad aku


























































































simple jer..huahuahua...tak der sampul pon.huhuhu.erk??if kengkawan aku yang kejauhan tak kan nak bagi scroll jugak???huahua.....idea...idea.cepat carik backup plan!! idea...idea...huhuhu

Thursday

dulu dan sekarang

dulu aku merempit.dengan lagenda merah QAk 7***.pegi kuliah dengan motor, pegi praktikal dengan motor n pegi tapau makan pon dengan motor..tapi sekarang aku drift dengan viva QAS 48** yang penting number cantek.kena lagi dengan no birthday aku..memang best.tapi aku tak sombong.aku masih lagi AISHAH SAHARI yang dulu..
dulu aku tulis diari guna buku color pink dengan sticker tweety dan sekarang aku ada blog pon color pink..orang nak cakap apa tentang color pink.aku tak kesah.sebab aku memang malas nak ambik tahu.sebabnyer aku akan ingat words ini
apa orang kata, cool
apa orang kata, relax
apa orang kata, diam
dan apa yang penting aku tetap aku

dulu aku masih lagi kanak-kanak.makan minum ku mak aku yang jaga.tempat tinggal, pakaian dan wang saku bapak aku yang sediakan..tapi sekarang...aku yang bertanggungjawab membantu mak bapak aku.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dulu dan sekarang..tiada beza
kerana aku tetap orang yang sama.yang berubah cara permikiran aku.jadi jangan kata aku sudah berubah
kerana aku adalah aku...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dulu 
&
sekarang

Wednesday

jatuh chenta

aku jatuh chenta kat pomander balls..ehhe..dalam kepala aku nih.ingat nak gantung-gantung benda nih kat bilik aku.tak pon gantung jer kat celah-celah almari, tombol pintu hem kat mana lagi nak gantung.tapi for sure, aku tak nak gantun g kat plamin.coz aku tak nak kacau kerja tangan AS.pomander ball kenapelah ko cute sangat?????????..dan aku pinajm jap dari mr GOOGLE ni..tak sah kalau tak memetik di taman GOOGLE.^_^





























*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
misi mencari tutorial pomander ball
@_@