Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday

update 1

askum pepps...

dan salam b2b yang masing2 sibuk buat preparation..dan aku??masih lagi disini..masih lagi dengan aktiviti harian aku..memang teramat sibuk kali ini sebabnyer kemasukan students baru untuk intake April.di tambah lagi aku turut serta membantu Mdm pasal asrama..hem, apatah lagi dengan kerenah parents yang super duper cerewet.tapi aku faham because my parents one of dalam group yang cerewet kalau bab-bab melibatkan hal asrama.

ingat lagi tak pasal aku down ari tuh??thank sekali lagi kepada those yang bagi support dan pendapat korang.aku memang amat perlukannya.dan terima kasih sekali lagi..dan aku telah pun buat short discussion dengan parents aku.Al-hamdulillah, my parents nak jugak aku teruskan wedding aku. Thank mum n dad..like my dad says" kita dah bayar deposit and dah buat family meeting jadi baik teruskan.benda baik, buat apa kita nak tangguhkan lagi.dan my dad galakkan aku untuk buat solat tahajud and solat hajat untuk majlis aku supaya majlis aku nanti berjalan dengan lancar.

dan kepada mereka yang pointing aku selfish, aku amat berterima kasih kat korang, sebabnyer korang memang mengambil berat tentang aku kan..yes, aku hargainya tapi better korang jaga dulu tepi kain korang k.tak baik dok ukur-ukur sisi kain orang.

aku nak smbung citer hal set perabot dalam bilik aku.aku serah bulat-bulat kat my dad n my mum.diaorang yang pergi survey and belikan.korang mesti hairan kan.macam aku nih tak kisah pasal wedding aku kan..nope.jangan salah sangka yer, aku masih lagi mahu teruskan wedding aku.aku masih lagi bersemangat cuma kali ini, biarlah ikut selera my dad n my mum dan aku ada alasan sendiri kenapa aku bagi kat parents aku yang uruskan.salah satunyer, parents aku tahu lagi pasal "kekuatan" katil yang dipilih nanti.hem, nampaknya ada unsur-unsur 18 keatas yer.dan satu lagi, waktu nenek aku masih sihat.my mum, my dad dan aku akan sama-sama pergi shopping tapi since nenek tak sihat nih.kami jarang keluar bersama.tambah lagi untuk weekend aku yang akan jaga nenek aku while weekday my mum yang akan jaga. jadi tak salah kan kali ini parents aku campur tangan sikit untuk hal bilik aku nih.my dad bagitahu set perabot bilik aku nih, akan sampai ESOK hari..dan aku memang dah mula nervous.kenapa nervous?rasanya korang tahu kot.

dan aku pernah post entry pasal baju nikah.Al-hamdulillah, aku dah try pon baju tuh.teramat lah puas hati kerana perut ku yang muncit ini tidaklah kelihatan cuma aku tidak berapa suka dengan lengan ku yang sebesar kayu balak nih.adakah disebabkan stering keta *maaf aku tak tahu how to spell stering,sebab English aku tak power sangat.yeah, nampaknya aku salahkan stering keta..

dan aku masih lagi mencari ilham untuk guestbook aku nih.actually, i'm not sure either guestbook ni praktikal atau tidak di bumi kenyalang ni.yelah, rata-rata b2b yang di semenanjung ader guestbook.tapi untuk di sarawak,aku tak nampak ianya di praktikkan. dan aku pula tak pasti if aku nak teruskan niat aku untuk guestbook ni.dan bila aku tanyer kat MR SB dan seperti selalu MR SB ku ni, memang tak banyak bicara and he will says "terpulang pada mama k..papa ikut ja".dan bila aku mention guestbook kat my mum..my mum aku akan tanyer balik..okie ka, mun nak polah macam ya kak? **aku guna bahasa sarawak k**.maksudnyer = ok, ke kalau kita buat macam tu, kak?..FYI, kakak adalah panggilan aku di rumah.

nampaknya kali ini, n3 aku nih dah macam long essay kan..dah boleh dapat markah full ni.;p.

nampaknyer, belum ader lagi produk DIY yang aku hasilkan setakat ini yer..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan kalau tidak silap perkiraan aku nih ade 28 hari lagi untuk aku jadi isteri orang
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan saat ini aku amat rindukan MR SB
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
begitulah jika CINTA kami dipisahkan oleh LAUT CHINA SELATAN
*
*
*
*
*
*
*
kalau lah LAUT tu aku leh redah..gulppp...aku tak pandai berenang okie.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kami tetap PJJ even selepas kahwin
*
*
*
Perkahwinan
Jarak
Jauh
*
*
*
*
*
*
*
bye

Tuesday

down..

salam alls...

aku down sangat2..before aku turun kerja ari ni, ade sorang hamba ALLAH, datang kat rumah aku.dan aku tak tahu ape motif dia nak says cam tu kat aku..

she says.....boleh tak TUNDA KO PONYER WEDDDING.....sebab nenek ko kan tak berapa sihat.FYI u all, nenek aku dah keluar hospital tapi nenek aku still macam tu jugak..aku tak berani nak bagitahu kat MR SB, sebab MR SB dah selesaikan segala bende kat tempat kerja dia.dan kami dah settlekan semua dokumen nikah kami..kad aku pon dah siap tinggal nak edarkan jer lagi, OP n VP pon dah bayar deposit, mak andam pon dah settle, pelamin pon dah settle,...TOLONG BAGITAHU aku apa harus aku buat?????

dan bagi aku sendiri,why aku nak teruskan jugak wedding ni.bukan sebab aku gatal...sebabnyer aku penat nak pikir dah,biar selesaikan jer bulan mei ni.sebab aku kan nikah 28 mei..

itulah bila ramai sangat orang bagi pendapat pasal wedding aku..seriously, aku memamg menyampah kalau orang-orang datang bertenggek ke rumah aku hanya kerana nak tanyer hal wedding aku n nak bagi pendapat masing-masing..and mase anak2 korang kawen dulu, aku ade ambik kisah ker?????jadi, please bagi aku ruang..dan adakah aku pentingkan diri sendiri?????

Thursday

nervous

salam dearest...

aku nervous..why?kak lina as tailor baju nikah aku dah call tadi, jam 11:42 a.m. kak lina suruh aku p rumah dia malam ni after solat isyak.serious, aku memang nervous sekarang ni.
and baju MR SB pon dah siap gak...wawawawaw...oh encik nervous boley tak ko p jauh..cus..cus..mari ke sini encik tenang..mari..come to me sayang..oh hati tenang lah kamu..
sebab apa aku nervous???sebabnyer...........takut baju tu tak muat.huahuahua.....:(

dan jugak takut baju tak menepati piawai aku...

doakan lah yer, baju aku tuh dalam keadaaan yang baik2 saja.

Wednesday

suka lagu nih

it’s a beautiful night we’re looking for something dumb to do
hey baby i think i wanna marry you
is it the look in your eyes or is it this dancing juice
who cares baby, i think i wanna marry you

well i know this little chapel on the boulevard
we can go whoa whoa
no one will no whoa
oh come on girl

who cares if we’re trashed
got a pocket full of cash we can blow whoa whoa
shots of patrol whoa whoa
and guitar girl

don’t say no no no no no
just say yeah yeah yeah yeah yeah
and we’ll go go go go go
if you’re ready, like i’m ready

cos it’s a beautiful night we’re looking for something dumb to do
hey baby i think i wanna marry you
is it the look in your eyes or is it this dancing juice
who cares baby, i think i wanna marry you

oh
i’ll go get the ring
let the choir bell sing like ooh ooh ooh
so what you wanna do ooh ooh
lets just run girl
if we wake up and you want to break up
that’s cool ooh ooh
no i won’t blame you ooh ooh
it was fun girl

don’t say no no no no no
just say yeah yeah yeah yeah yeah
and we’ll go go go go go
if you’re ready, like i’m ready

cos it’s a beautiful night we’re looking for something dumb to do
hey baby i think i wanna marry you
is it the look in your eyes or is it this dancing juice
who cares baby, i think i wanna marry you

just say i do ooh ooh ooh
tell me right now baby
tell me right now baby, baby
just say i do ooh ooh ooh
tell me right now baby
tell me right now baby, baby

oh
it’s a beautiful night we’re looking for something dumb to do
hey baby i think i wanna marry you
is it the look in your eyes or is it this dancing juice
who cares baby, i think i wanna marry you


~~suka sangat2 kat lagu nih ^_^ ..dalam hati ada taman orkid.

Tuesday

yeah..dapat kad tawen^_^

Salam
YipppiiiieeeeeJ
Aku dapat undangan majlis perkahwinan dari syamilatulhani @hunny kitty..
Wow..pink gitu siap ade pic kelisa pink yang ade cartoon hello kitty J...keta aku pon tak der color pink.huhuhu..tak mampu lagi nak tukar color keta.and takut pulak MR SB tak approve kan..huhuhu.
sayangnyer, aku tak dapat nak attend..aku kat Sarawak, majlis hunny pulak kat semenanjung.huhuhu...majlis honey ni on 30 April 2011..if aku lah ader kat putrajaya akan ku gagahkan diri ini untuk attend majlis Honey..wawawawawawa......

dengan izin yer awak, saya nak review kad awak yang pinky nih..aku suke part yang ader pantun..sebab aku punyer kad kahwin tak der pantun2 pon maybe dalam guest book aku selitkan dengan pantun2 nih.itu pun, if guest book tu jadik.sebabnyer, guest book aku still gak pending..;(
honey, pinjam jap yer pantun dalam kad awak.:)

“merisik sudah bertunang pun sudah,
Nikah di lafaz sunnah di warisi,
Termeterai sudah janji bermadah,
Majlis pernikahan kini dirai”.

Honey, saya nak ucapakan selamat pengantin baru in advance^_^..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.**hugs**.ade tinggal  11 hari lagi untuk jadi isteri orang..hehehe.


tengok kat sampul pon ader hello kitty yang comey^_^

tengok tuuu....kelisa pinky tau..



Wednesday

salam semua

dalam kalut nih, sempat jugak aku settle kan dokumen nikah aku.AL-HAMDULILLAH  dokumen nikah aku tak der masalah and sekarang dah proceed for next step. Selepas membayar RM 25.00 untuk pembayaran kebenaran kawen (B3) dan surat asal perakuan nikah. maksudnyer, JAIS yang akan keluarkan B3 (color putih) dan B3 yang akan kita bawa time akad nikah dan untuk B3 ni  mesti diambil 1 minggu sebelum majlis nikah aku.^_^  jadi tak keterlaluan aku katakan yang dokumen nikah aku ni dah 96% telah siap and naper tak 100%??sebabnyer, aku belum cari saksi dan sediakan salinan kad pengenalan saksi aku.yang ini aku serahkan kat my dad.dia lebih tahu lagi sape yang sesuai untuk di jadikan saksi bagi nikah aku dan aku perlukan 4 saksi jadi 1 saksi = 1%.:)

Seterusnya, aku nak citer hal jurunikah aku. Di sebabkan my dad berkeras nak gunakan khidmat jurunikah lain.aku kena lagi buat surat kebenaran untuk jurunikah.sebenarnyer, yang jadi jurunikah aku nanti bapak saudara aku sendiri. Bapak saudara aku nih, memang jurunikah yang memang bawah Jabatan Agama Islam Sarawak  tapi dier  keje bahagian pejabat agama islam di LUNDU, Sarawak.
Psst~jurunikah aku nih satu kampung dengan MR SB..hehehe dan longhat diaorang pon same gak.hehehe..^_^.tak sabar nak tengok dorang sebab MR SB tak di bagitahu sape yang jadi jurunikah kami.hehehehe..

Untuk panduan bersama, selepas borang lengkap diisi sila sertakan sekali dokumen yang diminta dan perlu di bawa **part aku**
a) satu salinan kad pengenalan pemohon dan wali
b)surat pengesahan majikan/ketua kampung
c)satu salinan sijil kursus praperkahwinan dan asal
d)borang pemeriksaan hiv
e)salinan sijil nikah parents kita dan asal
f)gambar size passport
**kat Sarawak satu salinan jer if kat negeri lain aku tak sure tapi ader yang kena sediakan 3 salinan kan dan itu terpulang kepada tempat masing2.

Part MR SB
Yang ni lagi senang, aku just kepilkan bersama borang aku jer.sebanyer MR SB dah selesaikan semua.Thank you MR SB ..tapi aku share jugak yer to those yang bakal berkahwin dengan pak polisi.
a)borang permohonan MR SB ni color biru **kat Sarawak**.aku yang kena isi.aku ingatkan tak payah nak isi sebab MR SB dah isi tapi ustaz kat kaunter suruh aku isikan jugak.kenapa?
Sebab MR SB isi dalam form wilayah persekutuan putrajaya dan borang yang baru aku isi tu ader logo Sarawak.nak kawen kan jadi kena follow.ehhehe
b) yang ni pengesahan majikan MR SB serta komen dari penyelia MR SB yang MR SB aku nih masih bujang.
c)surat kebenaran kawen dari JAWI Putrajaya
d) pengesahan bermastautin ni ader 2 pihak yang keluarkan untuk MR SB
            i) dari pengerusi blok tempat MR SB duduk sekarang .MR SB tinggal kat PUTRA   HARMONI jadi   MR SB kena ader pengesahan dari pengerusi ni.sebagai bukti MR SB memang duduk kat sane 
            ii)masjid putra dan pastiakn di cop
e) borang pemeriksaan hiv
f)salinan sijil kursus praperkawenan dan asal
g)gambar size passport. 


Dan tamat sudah penerangan dari aku.hope dapat membantu sape2 yang nak kawen terutamanya sarawkian macam aku nih.hehehe J..sharing is caring.
**untuk ambik B3 tu nanti, kena tunjuk slip kat bawah ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*







yang color biru tuh penerimaan bayaran. macam aku, aku bayar untuk B3 dan surat perakuan nikah asal
 **sebetulnyer aku dah selesaikan bayaran ni on 6 April
tapi di sebabkan aku baru jer selesaikan hal jurunikah and hantar surat kebenaran jurunikah kat JAIS.

 sekarang aku kembali bersemangat dan tq again yang bagi support kat aku.aku mesti kuat dan DOAKAN untuk nenek aku yer..


**sebarang pertanyaan pasal dokumen ni, leh tanyer jer.insyaALLAH, aku tolong jawabkan..tapi yang sarawakian lah yer,if kat negeri lain aku tak sure ade tak persamaannyer.

Tuesday

april yang penuh dugaan

salam all
baru nak update blog pinky aku ni...
sebelum tu...korang doakan yer untuk nenek aku.dah 3 hari 2 malam nenek aku kena tahan kat wad.sebabnyer
nenek aku ader jangkitan kuman pulak kat paru-paru.sedangkan time check kat klinik-klinik doktor kat sane bagitahu nenek aku ok jer...

and now my mum aku yang jaga nenek aku kat hospital. aku pulak akan sediakan  makanan untuk my mum and adik aku yang no 2 and no 3 yang hantar makanan kat my mum..my mum pulak anak tunggal and tak der orang yang rotate untuk jaga nenek aku kat hospital.dan aku cuma ader 4 adik beradik jer.aku yang sulung dan anak perempuan tunggal.betul ke, ini yang dikatakan dugaan sebelum kahwin?sekarang aku tengah berperang dengan perasaan sebabnyer dengan keadaan nenek aku tu.wajar atau tidak untuk aku teruskan perkahwinan aku??????aku tak berani nak tanyer soalan ni kat MR SB. .perlu ker aku ade fikiran yang macam ne??

korang doakan yer, supaya nenek aku  boleh keluar dari hospital dan yang paling penting nenek aku sihat dan bertambah sihat.aku tak nak hari bahagia aku nanti nenek aku tak der masa aku di ijab kabulkan..walaupun dia tak leh nak bergerak at least dia duduk kat kerusi roda and tengok cucu sulung dia kawen.

and aku bukan insan yang kuat nak hadapi benda ni..dan sekarang rumah kami amatlah sunyi..aku rindu mak!!!!aku rindu nenek aku.

Inilah nenek aku
panggilan aku kat nenek aku ni MAK TUA
Lupakan sekejap citer nenek aku, now aku nak citer tentang hati aku yang sakit.rasa nak lempang laju-laju jer orang-orang nih...SITUASI: if korang ader jiran merangkap saudara sendiri yang buat hal kat korang,korang sakit hati tak??if jiran korang tetiba jer pandai nak membela ayam itik???bila jer time tengahari bau-bauan yang kureng menucuk-nucuk ke lubang hidung??sebetulnya, aku tak kisah tapi BOLEH TAK SELEPAS MAJLIS AKU??????BOLEH TAK??? Sebab aper???sebab benda bau tu leh mengganggu tetamu/kenalan yang hadir masa nikah aku!!!!!! arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!rasa nak bakar jerrrrrrrrrrrrrrrr kandang ayam n itik tuh!!!!!!!!!!! and aku kan buat 2 majlis kat rumah..lainlah kalau aku buat kat hotel atau dewan tak lah aku nak risau and bengang macam nih..ni dah bukan tahap gaban dah,ni dah tahap memang nak bagi fire jer.and satu lagi yang buat hati aku nih bernanah dan berkudis..jiran aku ni letak lagi no rumah dier, sedangkan dier tahu tuh no rumah aku..kenapa no rumah jadi isu di sini???????
1) nanti tetamu yang datang akan berasa pelik mane rumah pengantin and nape ader 2 no yang sama untuk 2 buah rumah??????
2)no rumah aku hanya ader NUMBER dan segala surat-menyurat memang posmen antar terus ke rumah aku.
3)no rumah jiran aku ader abjad A kat belakang.tapi nape die tak letak???????????????????????????
4)ni no umah aku 539...and kat no umah dier 539A.....tapi naper tak letak A?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Adakah aku yang beremosi sekarang nih???atau memang jiran aku tuh menyakitkan hati??lepas kawen nih, aku nak kumpul duit.sebabnyer aku nak beli buaya and letak kat kandang ayam itik dia..LOL

Friday

pencarian kasut berakhir juga

salam di hari jumaat yang berkat

title kat atas tuh memang dah bagi hint kat kita kan..huahuahua..aku dah beli kasut untuk nikah sekaligus untuk sanding aku..jum layan kasut ku yang tak seberapa ini ^_^


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ni kasut nikah aku
kenapa plain jer??sebabnyer baju nikah aku color putih and full lace
tudung nikah aku pulak dah ader manik..
jadi biarlah kasut ni plain jer jadi tak lah nampak sarat sangat nanti kan
dan yang penting aku boleh pakai lepas kahwin nanti so tak der lah sikap membazir itu akan timbul

**psst~color kasut ni beige.huhuhu

yang ni pulak kasut sanding aku
color putih
kenapa putih dan style yang macam ni??
1st  match color mana-mana and  baju sanding aku yang hitam gold and nape aku tak beli color hitam sebabnyer
i)memang takder color hitam
ii) nak padankan baju gaun aku nanti sebabnyer MR SB akan pakai baju istiadat dan aku pakai gaun
2nd sebab aku jatuh chenta kat kasut ni..hehehe
3rd.....MR SB bagi duit suruh beli.^_^ tapi kasut nikah MR SB tak bagi..hik..hik
4th kasut nikah aku kan plain jadi harus lah kasut aku nih ader hiasan sedikit.hehehe
5th if ader dinner atau majlis-majlis lain aku leh pakai lagi kasut ni, dan isu membazir masih lagi tidak timbul disini.hehehe
jadi alah membeli menang memakai.
and kasut aku nih tak der mahal sangat yer sebab aku nih makan gaji dan pulak tak mampu nak beli yang mahal-mahal.yang penting selesa dan cantik.dan paling penting tak membazir^_^.

Wednesday

TERbeli..

salam all..

mak ai title n3 aku tuh..TERbeli.hem, serious aku tak sengaja wei nak beli tapi aku TERbeli.hehehe..after aku pulang dari pejabat pos untuk aktiviti mengepos surat tawaran untuk student intake april 2011.boleh dikatakan penuh mail box kat pejabat pos choice mall aku kerjakan.hehehe.sori abang posmen.

aku terbeli.... erk nak jugak guna ayat ter..eheheh.inner neck cotton nih.hem, lama betul aku p cari benda alah ni.yelah, if usha kat radiusite confirm aku akan sedih sebab awal-awal lagi dah ade orang rembat..dan kenapa aku beli inner neck ni sebabnyer aku nak pakai masa nikah aku nanti. bukan pakai kat luar tapi pakai kat dalam la..huhuhu..yelah, nanti kan nak elakkan rambut keluar dan yang amat penting sekali inner neck nih takder awaning.hohohoho..:)..oh, sungguh tidak sabar..huahuahua..

inner neck ni, aku beli offline jer kat BUTIK MAHARANI 1ST FLOOR, LOT 4102, BLOK 17, SALAK LAND DISTRICT, JLN SULTAN TENGAH OFF JLN SEMARIANG, 93050 KUCHING SWK..seriously, aku rambang mata sebabnyer banyak sangat tudung yang cantik.hik,hik dan harga berpatutan.
BUTIK ni jual produk yang ade brand name PEARL HAYA SELECTION mungkin BUTIK ni agent PEARL HAYA kot.heheh.yelah, PEARL HAYA ni berasal dari semenanjung.

check it out..hehehe..

**ni dia inner neck cotton hamba yang tak der awaning**
sangat best dipakai..^_^ dan hanya RM25.00 jer

packing yang cantek
dan ada ciri-ciri kewanitaan..hehe
hehehe.nak jugak aku tempek plastik beg nih


jadi selesai sudah pencarian aku ke atas inner neck ni.alhamdulillah..^_^..

psst~tengah mengintai one of tudung yang ade kat situ for my outdoor/sanding...and those yang sarawakin jum ramai-ramai kita p kat BUTIK MAHARANI.^_^

Friday

inikah rezeki kawen?

salam

blog pinky ku sayang, tahukah ko aku bersyukur yang amatlah sangat.betul kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tahu^_^..

blog pinky ku, aku dapat offer jadi lecturer part time.and gaji tu pulak aku hanya dapat end of semester.hem,tak per even part time still jugak bergaji kan???sapa nak bagi ko duit asha oit!!!

aku akan ajar dua subject ; ORGANIZATIONAL BEHAVIOR  dengan CONSUMER BEHAVIOR. Alhamdulillah jugak ,dua subject tu subject teras aku time aku study dulu jadi tak lah kalut sangat but now aku kena recall balik.huahuahuahua....gila kentang.dah 3 tahun aku tak sentuh notes.huhuhuhu..tapi aku yakin, aku boleh buat.yeah!! saya mesti pilih.

hem, pasal gaji..aku bukan jenis yang pandang suma tuh sebabnyer aku dah pernah buat macam-macam keja and percaya atau tidak aku pernah dapat gaji rm 200.55 sebelum ditolak KWSP bulan mei dua minggu selepas aku tamat pengajian. dan percaya atau tidak aku bekerja kat kilang yang proses barangan plastik. and mesti korang pelik kenapa gaji aku tak lepas pon rm 300??sebabnyer kita orang kena timbang hasil yang kita dapat.Macam aku, aku bahagian yang buat penutup lada dan penutup botol kicapdan  bayangkanlah betapa ringannyer benda alah tuh if ditimbang???tapi tak per, aku tetap syukur yelah sapa nak bagi duit kat kita kan??dan aku memang tak setuju if people pointing us and tell that all the graduated students are choossy job

dan aku percaya ALLAH itu TAHU dan MAHA MENGETAHUI apa yang tersirat dan tersurat dalam hati aku nih..