Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday

update 2

askum all
walawei, CUTI SUDAH APPROVE!!!!!!!!!!!! ^________^..mari senyum sampai ke telinga.

aku cuti start from 24/05/2011 - 30/05/2011 and sambung lagi 3/05/2011 - 6/06/2011.hip hip horey.tapi mantain jer aku turun keje on 31/05/2011.huhu.sebabnyer, cuti aku tak banyak.kena jugak simpan untuk raya.hik hik hik.

itu pasal cuti.dan paling aku suka suki tinggal 3 hari MR SB nak balik sarawak.:))).senyum dan senyum lagi.yeah yeah.. gua kangan sih sama lu.hehehe.

Al-Hamdulillah, tinggal 8 hari lagi untuk my BIG DAY..Ya Allah,permudahksegala urusan kami..Amin.

my dad dah ambil cuti semata-mata nak uruskan wedding aku.sayangggggggggggg dad:) dan orang paling sibuk adalah my dad while my mum, memang orangnyer pendiam.my mum just follow jer.hehehe..:)).

aku nak story sikit projek DIY yang still lagi in progress, aku dah siapkan tudung sanding.simple jer, tudung ni akan aku pakai bersama gaun/dress pengantin.actually, aku ada 2 persalinan.1st aku pakai jubah berlace color black +gold and MR SB akan pakai baju Melayu with yang ada tengkolok dan sewaktu dengannnya.Untuk pakaian ke 2 nyer pulak, MR SB akan pakai baju istiadatnyer and aku pulak akan pakai dress pengantin bersama tudung DIY aku.hehe.jap g aku tunjuk yer tudung aku tuh.memang simple giler dan kenapa simple?sebab kalau sarat sangat mesti aku nampak macam pokok krismas kan sudahnyer, aku nih insan dalam kumpulan yang kurang ketinggian..hehehe..

dan sekarang aku masih lagi dalam satu proses mendekorasikan hantaran untuk MR SB.hehe.baru siapakan untuk 3 barangan MR SB.amatlah penat yer dan menguji kesabaran aku.yelah, aku bukanyer kreatif dalam bab-bab gubahan ni.tapi aku amatlah berpuas hati dengan hasil tangan aku sendiri.(ayat untuk pujuk diri sendiri).:))

dan aku memang tak sabar nak jumpa dengan eisya.my BFF tapi sayangnyer, dia tak nak pulak jadi pengapit aku..wowowow..sedihnyer, terpaksa lah aku bagi job pengapit aku tuh kat sepupu aku.tapi tak per yang penting eisya datang wedding aku.eisya lah orang kuat aku nanti sebabnyer, dia yang akan pegang kunci bilik aku dan jugak barang2 penting aku dan MR SB.psst, aku pun dah siapakan hadiah untuk eisya nih.hehehe..hope dia akan suka:))

akhir sekali, aku nak bagitahu sesuatu,yang wedding aku nih tak lah grand sangat yer even ini adalah 1st time kami buat kenduri besar.dan jugak aku tak upah wedding planner pon untuk wedding aku sebabnyer wedding planner aku adalah keluarga aku sendiri.dan tujuan utama aku untuk berblog ini bukan untuk menunjuk2 atau riak tapi hanya untuk berkongsi maklumat di samping mencari maklumat untuk rujukan aku sendiri.dan wedding aku nih bukan
lah sehebat mana pon dan tujuan kenduri ni pon untuk bagitahu kat orang sekitarnya yang aku nih dah berkahwin dan sekaligus untuk menghindarkan fitnah.betul tak kengkawan:))
ini tudung sanding aku:).simple jer kan.hehehe


Pic yang kat bawah tu pulak dekorasi hantaran aku..if nak kutuk, silalah kutuk dalam bahasa yang baik2 yer..hahaha..:)..komen jer aku tak kisah dan amatlah di galakkan komen-komen dari anda..:)

kasut untuk MR SB

*
*
*
*
*
*
*

wallet and belt untuk MR SB
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sejadah untuk MR SB mak ai besarnyer kipas nih.hehe
aku salahkan sejadah yang keras itu hehe:)


bye, jumpe lagi dan selamat pengantin baru those yang akan kahwin this week dan next week,hehehe. ^____________^


Monday

Nor Elena

salam all
korang layan drama Nor Elena tak??yang kat TV3 jam 7pm tuh??jum kita layan, best woo tapi paling best if korang layan novel dia.best sangat2 novel dia.sometimes, aku ni kuat imagine and watak hero dalam novel tuh perghhh..aku admire sangat2.:))..sori MR SB jangan marah, just for fun yer dear:))

meh, aku review sikit pasal novel ni..Tajuk novel ni Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha.:))...hem, memang layan sangat2.bagi aku yang kaki novel nih, memang senyum sorang2 if layan novel nih.tambah lagi nak kahwin nih.hahaha..gatai mode on. Dalam Kasih Yang Suci nih tentang Nor Elena yang telah ternoda itu pun bukan silap dia sebab dia nih mangsa rogol dan kenapa perlunya watak Seth Tan nih?sebabnyer, Seth Tan ni lah orang yang bertanggungjawab keatas kejadian yang menimpa Nor Elena nih.dia lah orang yang merogol Nor Elena.Dalam novel ni, ade watak Saiful Idham @Eid tunangan kepada Nor Elena dan dia nih putuskan pertunangan diaorang after Eid dapat phone call dari seseorang yang bagitahu Nor Elena kena rogol....dan kesudahan citer ni boleh korang mesti baca novel nih..hehehe

if dalam drama tuh, watak hero @Seth Tan Aaron aziz yang pegang while untuk watak Nor Elena pulak,Siti Seleha kot nama dia. correct me if i'm wrong.actually, aku harap sangat2 yang Lisa Surihani yang pegang watak tuh sebabnyer bagi aku watak Nor Elena nih amatlah sesuai if Lisa yang pegang,hehe.tapi mesti ada sebab kan why penerbit nak Siti Saleha ni berlakon watak ini. dan watak Saiful Idham@Eid pulak aku tak tahu pulak nama pelakon nih, if tak silap nama dia Zul which yang Teman Tapi Mesra kepada Abby Abady..apa-apa pun aku still jugak layan citer nih.:)).tapi tak bestnyer citer ni time maghrib kan memang tak sesuai lah.huhuhu..kalau tak silap aku, citer dalam drama nih ada yang dah diubah semula.huhu..tapi aku amatlah berharap drama nih masih lagi ikut jalan cerita dalam novel tuh.

dan bagi aku pulak, lagi best if aku baca novel and then layan sekali drama dia.penghayatan tu ade..ceh,ayat.hehehe.

membaca itu kan menambah ilmu pengetahuan:)))..hehehe dan bye korang.

12 hari

askum all
lagi 12 hari untuk aku bergelar isteri..dan lagi 12 hari jugak lah aku kena berusaha bagi persiapan majlis aku.Al-hamdulillah, esok public holiday,:).yelah esok kan wesak day.harus aku gunakan sepenuh masa untuk jahit manik and tudung aku.huahuahua..sempat lagi.after settle kan part tuh, aku kena pulak settle down untuk hantaran MR SB..Chaiyok..chaiyok..asha..Jika kau fikirkan kan kau boleh..kau hampir boleh melakukan..^_^.semangat.

hujung minggu lepas memang tak der masa rehat untuk aku.hujung minggu pon keje gak.hehe.keje yang tak der gaji:)..keje untuk majlis aku ler.penat yang teramat sangat,yelah 1st time wei aku pegang berus cat.huahuahua..aku sendirik yang cat bilik aku.walaupun penat aku amatlah berpuas hati:)))...color bilik aku pulak, aku cat color white jer.no pink, no purple.why??sebabnyer, cadar danlangsir bilik aku color gold.untuk nampak bilik tu lebih luas harus aku gunakan color white.later2 lah, aku colorkan dengan wana pink.huhuhu...ramai gak yang bagi pendapat naper tak cat color kuning,cream and so on.dan 1 jer aku jawab, if korang nak sponsor cat bilik aku.boleh lah jugak kan.betul tak??

boleh dikatakan 80% bilik aku nih tinggal 20% untuk decoration and kemasan yang terakhir.next week dah boleh buat 2nd check list..kali ini, n3 aku tak der pic.huhu.sebabnyer, yelah time mengecat tuh mana lah sempat nak tangkap2 gambar segala.fokus..fokus..:)).

dan sekarang nih, aku tengah mengintai wall sticker.semacam jatuh chenta kat wall sticker jer.idea..idea....idea:))..hehe..

ok la.aku nak stop kat sini..bye dan selamat membuat persiapan kepada bakal pengantin sekalian^____^


Wednesday

16 hari

salam semua

16 hari dan aku baru berkesempatan "memblogkan" diri...dan pastinya b2b sekarang ni semuanya sibuk dengan persiapan masing-masing.:).
masa berlalu amat pantas.fuh, aku belum lagi memulakan acara "mendeco" hantaran untuk MR SB yang pasti tema hantaran untuk MR SB adalah white+purple, favorite color MR SB. dan alhamdulillah, barang2 untuk hantaran MR SB telah aku belikan..means untuk hantaran ni still pending.huhuhu.pasif.

ingat lagi tak entry yang aku sentuh hal set katil/perabot bilik aku.untuk yang ini aku boleh katakan 100% settle. dan set katil/perabot aku nih tak lah semewah set2 katil yang lain sebabnyer aku beli time sales dan tak silap aku, my dad bagitahu dalam rm 800> tak termasuk tilam kalau plus tilam jumlahnyer, rm 1090.00 bagi aku harga tu memang ok sangat2 kan, plus dapat lagi bantal free.hehehe..dan dengan harga tersebut aku dapat meja solek, almari pakaian dan katil..

sebabnyer, my dad dah pon belikan and dah datang pon kat rumah aku cuma belum di masukkan ke dalam bakal bilik aku.why bakal bilik?hehe..sebabnyer, bilik lama aku sangat lah kecik dan aku dah bagitahu kat mum yang aku nak jadikan bilik lama aku tuh sebagai stor pakaian jer means baju2 yang bergantungan, bakul2 pakaian dan sewaktu dengannya akan disumbat jer dalam bilik tersebut.

and now bilik baru aku still under construction.hehehe..:))..tapi bilik aku tak lah semewah maner pon, cuma bilik tu agak besar sedikit dari yang lama.dan aku tak nak membuang duit untuk bilik aku nih sebabnyer;
1) MR SB dan aku still PJJ even after kami kawen --->MR SB fly ke Putrajaya on 16 June :((
2) we already have our own house (di kpg MR SB) but masih lagi dalam proses pembinaan boleh dikatakan------->70%masih lagi dalam proses pembinaan
3)berpegang pada satu pepatah ukur baju badan sendiri :))


aku rasa cukuplah untuk kali ini.insyaALLAH, nanti aku update story aku yer..:)



hilangnya dirimu...

Bismillah....

salam...
Genap 4 hari nenenda aku pergi ke rahmatullah means tinggal 24 hari sebelum hari nikah aku..inilah dugaan yang paling hebat pernah aku hadapi..tanggal 1 mei 2011,jam 2.50 a.m nenek aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

aku amat rindukan nenek aku dan hidup aku mesti diteruskan..dan aku percaya ada hikmah segala benda yang terjadi kan..aku harus kuat dengan semua ini.kerana yang pasti kita pasti akan mati satu hari nanti cuma kita belum tahu bila dan bagaimana bentuk kematian kita..dan kepadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali..

dan masih lagi terbayang di mata ku saat nenek aku dimandikan, dikapan dan dikuburkan..dan setiap malam aku pasti terjaga dari lena ku pada jam 2.50 a.m. dan pasti aku menangis sambil aku sedekahkan Al- Fatihah kepada nenenda aku ni..

dan hal perkahwinan aku dan atas perbincangan kedua-dua belah pihak..kami tetap teruskan juga pernikahan aku.dan aku percaya nenek aku merestui pernikahan aku nanti.seperti yang my mum bagitahu kat aku, nenek aku masih lagi ada kat rumah kami until 40 hari..means masa nikah dan sanding aku mesti nenek ada kan.even aku tak nampak nenek aku tapi aku pasti dia pasti melihat acara nikah aku..

dan saat ini, aku amat perlukan MR SB disisi tapi apakan daya tuntutan kerja MR SB yang amat payah untuk balik bercuti.dan aku faham tapi ya aku ada sedikit rasa terkilan.

dan nenenda Rejeni Binti Ahmad, bersemadilah nenek di sana.moga nenek di tempat orang yang beramal soleh..insyaALLAH, akan tiba masanya cucumu ini, kita akan berjumpa di alam yang lain..

*
*
*
*
*
*
*
*

AL - FATIHAH........

FYI= aku masih ada seorang lagi nenek yang emak kepada my dad.dan belah dad aku ni ramai adik-beradik...yang baru meninggal ni, adalah nenek yang rapat dengan kami sebabnyer nenek aku tinggal di rumah kami dan juga emak kepada my mum.dan mum aku adalah anak tunggal means aku nih cucu perempuan tunggal nenek aku..