Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday

1 tahun 2 hari



1 tahun 2 hari..alhamdulillah..usia perkahwinan aku dan MRSB..
dapat sms dari MRSB dan ini lah yang membuat aku tak sabar nak berjumpa dengan MRSB.
cepat..cepatlah..ke bulan jun..rindu bangat nih. ^_^..




Ya, Allah...permudahkanlah segala proses pertukaran MRSB ke sarawak dan tabahkan hati kami Ya, Allah.sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui.Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday

save the date



saya kunci tarikh itu.hehehe

dapat jer duit yang di bank in oleh MRSB terus beli tiket maknanyer, 27 jun 2012 ni aku fly jumpa MRSB..rindunyer kat MRSB ^_^

27 JUN 2012--> Birthday MRSB.tak der nak buat suprise sebab kalau aku tak bagitahu kat MRSB sapa yang nak jemput aku kat LCCT??hahaha.parah wooooo...so aku decide biarlah MRSB tahu pasal ni tapi yang cuma aku rahsiakan ialah hadiah untuk MRSB..hehehe.:) 

untuk birthday MRSB kali ini, aku bagi jam, cupcake dan baju.hehe.insyaALLAH, ingat before fly nanti nak tambah satu lagi hadiah kt MRSB..huhu..^_^. kenapa baju?? kalau ikut plan baju tu kami akan pakai pada 28 MEI 2012 @ hari isnin nanti tapi di sebabkan MRSB tak dapat cuti..sob..sob kenalah bawak baju tu ke Putrajaya. Baju tu, baju couple.hehhee..dan kalau ikut plan asal kitaorang nak ambil gambar pakai baju tu ulang tahun perkahwinan kami tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.tak per, itu boleh di kemudiankan.

dan kenapa aku pilih 27 jun, nape tak 25@26 ker?satunyer, sebab aku kena tampal carry mark student aku dan aku kena berada kat opis 26 jun sebab aku bagi tempoh student untuk jumpa aku pasal carry mark diaorang.manelah tahu ader yang tak berpuas hati dengan markah diaorang..yang ini kena ikut lesson plan yang aku dah buat..so kena ikut.hehe..jadi sempat lagi kan nak sambut birthday dengan MRSB.like my bos always say "teda masaalah".hehe


so mulai sekarang counting days.hehehe.miss you babeh.hehehe


Thursday

sudah jatuh ditimpa tangga?

baru berkesempatan nak update blog..
inikah yang di panggil sudah jatuh ditimpa ditimpa tangga.
dan paling tepat untuk aku katakan kejadian di bulan Mei..

8 Mei 2012  ---> MRSB dapat demam campak.adoyaiii..

11 Mei 2012 ---> Bapak aku langgar bontot kereta orang.huhu.yang ini masa nak masuk simpang kat area Tabuan Jaya, tempat yang penuh dengan adegan jem.huhu.

15 Mei 2012 ---> Rumah aku (rumah parents) pulak kena masuk pencuri..nasib baik lah pencuri ni bukan golongan techno class, kalau tak memang dah pencuri ambik laptop aku dan adik aku..tapi yang sedihnyer, duit mak aku yang di kebas pencuri dengan beg kerja emak aku sekali tapi nasib baik wallet mak aku diaorang tak kebas.sebab mak aku simpan wallet dia kat almari bilik. Selepas kejadian tu, aku dah takut nak tidur malam..bila dengar bunyi sikit jer,confirm aku akan terjaga dan payah nak lelap mata.

22 Mei 2012 ---> yang ini pulak, pasal aku sendiri..aku langgar bontot kereta orang.yang ini pulak, odw ke opis, jam 7.20 pagi perghhh..lagi lah kereta yang aku langgar tu, honda city hytec..Q** 7***. kejadian ni, masa nak keluar bulatan..napelah jalan raya kat sarawak ni, banyak sangat bulatan yer???huhuhu..yolah, nak salahkan bulatan la tewwww.ingat nak settle guna tunai..hahaha..perghhh..tapi nasib baik, pak cik tu baik tau..dia suruh aku claim insurans jer.sebab kerosakan kereta dia, memang makan ribu..hahah.kalau rm 1@rm 2  ribu ok sikit kot sambil tengok buku biru (asb saving) tapi ni dah atas 2 ribu..so baik gunakan insurans untuk cover. terima kasih sekali lagi kat pak cik yang baik hati.Gaji bulan ni pon aku kena cover untuk kereta aku sendiri.malas nak claim insurans sebab bumper jer yang jatuh and kemek kat hood depan.huhuhu.pastu nak kena bayar kompaun lagi.hahaha. rm300 melayang..menangis air mata darah pun tak guna. Tapi alhamduliilah, tak der sapa yang cedera..MRSB tak dapat nak cakap apa..huhu.sebab bagi dia, dah ok kalau tak der sapa yang cedera dan pesan lain kali berhati-hati di jalan raya.

sekarang masa  nak keluar simpang dan bulatan pun aku dah takut.huhu..inilah kali pertama aku langgar kereta orang.


dan bila benda ini terjadi dan kita kena hadapi sorang2 memang sakit sangat-sangat.yelah bila duduk berjauhan kita kena jadi super woman.dan aku pasti ada rahmat di sebalik kejadian serta inilah dugaan aku dan MRSB..untuk kami menguatkan lagi rasa kasih dan sayang sesama kami. ^_^

pencuri yang berbadan kecil
masuk ikut tingkap bilik arwah nenek


bumper depan yang ader telinga
dan satu2nyer ader kat kereta aku.hahaha

:(


tak ader gambar kereta pak cik tu, sebab kalut sangat.





salam sejahtera 

alhamdulillah, kalau mengikut kalendar Islam hari ini genap satu tahun aku dan MRSB hidup sebagai suami isteri.

seperti baru semalam MRSB aku dan MRSB berkahwin.huhuhu..alhamdulillah, satu tahun juga la aku dan MRSB hidup berjauhan atas tuntutan tugas masing-masing tapi itu bukan halangan untuk kami untuk terus merasa bahagia seperti pasangan yang tidak berpjj.

sejujurnya, ada pahit dan manis selama satu tahun hidup berumah tangga, yelah..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.gaduh, rajuk, marah, sayang semuanya pernah aku hadapi dan aku percaya korang pon ader jugak kan.

satu tahun kami berdua dan semoga selepas ini akan bertiga.insyaALLAH. itu terletak pada yang Maha Berkuasa, ALLAH s.w.t yang hanya mampu kami buat ialah berdoa dan berusaha.
seperti kata bapak aku..usaha kan tangga kejayaan.hahaha.



sayang papa, sayang selalu.sayang selamanya..







25 Jamadil akhir 1433H
kalau ikut kalendar orang puteh = 28 mei 2012
jam 3.00 petang (yang ini aku sempat tengok jam.ok.haha)
dengan sekali lafaz dia terima nikahnya dengan mas kawin yang tersebut.







Friday

akhirnya kini pasti







jumaat yang penuh berkat ^____^

MRSB call.. "mama, tadik BPH call, diaorang cakap papa dapat kuarters, alhamdulillah.
akhirnya pemohonan MRSB nak dapatkan kuarters telah di luluskan. :)

so nanti anytime boleh pergi jumpa MRSB sebab sekarang  MRSB masih duduk flat dengan kengkawan dia yang belum berkahwin.

tapi kalau dah dapat kuartes ni, adakah kebarangkalian MRSB proses transfer MRSB akan di lambatkan??
wawawawawa..adakah kami akan terus berPJJ sampa bila-bila??adoyaiii...




Thursday

kesibukan yang melanda

credit: google

semester pendek dan 2 subjek, CCU dan Business Ethics..arghhhh....malas nyer. sebab nak kene prepare course outline, marking lagi, slide notes..arghhh..

opsss...berhenti merungut asha.. ^_________^.


Wednesday

baby di hari buruh

tajuk yang pelik.hehe.baby di hari buruh maksudnya bukan menurut kamus dewan atau wikipedia tapi telah dicipta oleh aku sendiri

masa lunch hour tadi aku and the geng pergi ke Hospital Umum Sarawak sebab sorang dari geng opis aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang beratnya 3.04 kg..wah sihatnyer.hehe. 





memperkenalkan muhammad ar- rafeeq nadim @buruh
hahaha



sedapnyer tido..



ini lah mummy kepada muhammad ar-rafeeq nadim
cute jer color pink tuh..




baju yang sama pergi akad nikah sepupu aku
haha..baju yang tak payah nak iron
lengan besar body builder :)

sangat gembira dan teruja bila ada baby yang come dan baru lahir .hehe..
insyaALLAH, akan ada rezeki aku nanti so kepada yang bertanya terima kasih atas keperihatinan anda semua yer..dan sapa yang dah berkahwin pastinya mahukan zuriat cuma lambat dan cepat..

tak tahu nak cakap apa

salam sejahtera dan salam sayang semuanya

amat merisaukan bila sang suami jauh di mata dan apatah lagi bekerja dengan orang awam. dan aku percaya korang pernah membaca dan menonton pasal BERSIH 3.0 secara lansung dan tidak lansung kan??

entry kali ini memang bukan pasal BERSIH dan pasal politik sebab aku memang kureng dan lansung tidak berminat pon pasal politik nih..

tapi entry kali nak ceta pasal sang suami @MRSB..sebab bagi aku tempat MRSB di sana memang dah tak selamat lagi dah..hati mana yang tak risau bila MRSB text bagitahu yang dia kena standby kat somewhere. 

Ya, ALLAH..dan aku amat berharap MRSB akan dapat transfer secepat yang mungkin dan mungkin ada yang pikir aku nih amat pentingkan diri sendiri.yup.sebab dia adalan suamiku dan dia adalah orang yang aku sayang. dan aku yakin korang pon akan be as protector bila orang yang kamu sayang dalam keadaan yang bahaya kan?

dan aku amat berharap kali ini MRSB akan dapat transfer..akan ku tunggu MRSB di KIA @ Kuching International Airport...

sayang papa..sayang selalu sayang selamanya..